-->
Syierah Yusoff

✿ Our Annivesary ✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Iman Arissa Bt. Rashidi @ N.I.A

Lilypie First Birthday tickers

31 December 2010

~Last Entry 4 2010~

Salam Semua..

ni the last entry from me for 2010..esok dah masuk 2011,

maka akan bermulalah kehidupan baru dalam tahun 2011 yang akan datang berapa jam lagi

ada gak azam n hajat tahun 2010 yang tak tercapai..hukhuk.boleh undur balik ker???

kalo bley best la kan..

segala2nya masih di luar jangkaan.

kalaula saya ada kebolehan untuk pergi ke masa hadapan....waahhhh..

(pandang jauh kedepan) sangat besh...

yer la,saya blh tahu berapa orang anak saya nnti,

kat maner sayer akan bertukar....

mana tahu dpt balik dok kampung ker kan..huhu...

saper nak bagi aku ha..kirim salamlah...

banyak kenangan pahit n manis yang dah aku lalui..

rasanya tahun 2010banyak mencabar keimanan aku sebagai seorang manusia,
kawan, adik dan juga anak.:-P

aku snirik pun tak sgka nk menghadapi cabaran, dugaan dan halangan seperti itu..

hehe.ape pun best jugak kan..boleh tau mana burok mana baik...

sape jahat sape mulia...semuanya tak pernah terlintas di fikiran

tapi semua itu telah memberi banyak pengajaran dan pengalaman.

pahit camno pun aku tetap REDHA..

yerlah..aku ni bukan manusia yang sempura..

kalau lah mereka2 di luar sana faham apa yang saya rasa....kalaulah....

(ahah..emo plak..bukan emo..i tersentuh la uolss..)

walaupun blog saya tak se"gah" blog org lain

aku dah anggap silalitaplom.blogspot ni macam diari aku dah ha..

dapat meluahkan apa yang aku rasa,apa yg aku lalui dalam hidup ini..

secara tak langsung dpaat la aku ubah apa yang patut kan..huhu

erm????ada org tak suka???kalo tak suka tak pyah la buka blog i ni..

tak payah la baca okeh...kan tak pasal2 korang buat dosa..suka hati tak suka blog sayer..hahah

blog sayer..akaun pun atas nama sayer..saper yang lagi berhak??of cos la i kan..hehe..

ala..nak sharing2 ape yang korang rasa boleh share jer..

yg rasa tak perlu share korang takyah la baca erk...


oklah...da talak lalat mau taip belog ni wo...jumpa lagi tahun depan....

GONNA MISS U 2010..

WELCOME 2011..








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 10:46 0 bebelan pembaca kiut Labels: pahit maniishhh

~Hari Akhir 2010~

Assalamualaikum

Now..saya dah ada kat kampung....
wah...3minggu berturut2 di kampung....
hurm..byk duit ko syazrah erk..hahah..
dah sengkek weh..apesal la pm bagi cuti pree harini...
nak taknak kena balik gak la...takkan nk layan blues kat langkawi ni kot...
naik biul pala hutak aku nnt..
awat tak bagi minggu depan2 jerk.huhu
isy....bersyukur la syazrah oi....

owh..luper...thanks PM...wuhuuuuu

harini sis ckp nk gi pesta....wohohoho...
saya laju jer angguk2.erm....dari dok rumah takder budak2 ni...
baik ikut jer..jom!!!

pesta....wait 4 me....

(lame benor tak gi pesta)








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 03:46 0 bebelan pembaca kiut

28 December 2010

~Befday Arwah~

Assalamualaikum



Harini D.O.B Arwah Syamil...
harini befday arwah...sangat tersentuh..
tiap2 tahun mesti sambut..
kali ni sambut befday arwah dengan kenduri tahlil
secara kecil-kecilan jer...
sayer pun tak balik...
kakcik buat makan2 kat rumah dia...
buat laksa...peberet arwah....
segalanya tentang dia...tak dpt nk lupa weh..
miss u so much men....
acu nk ckp pun ta kena..bukn takda org yg nk ajak pi mana2...
dikwan ada..abg ada..kakak pun ada..
tapi yang tau semua mcm hang tau takdak la men..
takpa lah....bukan nak lupakan arwah..
tapi sy cuba hilangkan rasa sunyi tu...
arwah selalu ckp saya "senget""gegeh"
sbb saya kuar ngn dia saya suka buat bnda yg malukan dia..haha
kenangan tu...
miss all about him...

tgk.....dia gila2 kan...tak pernah elok kalo amek gmbr dia..huhu









-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 10:40 0 bebelan pembaca kiut

27 December 2010

~26~

Salam semua..
korang sihat ker?
alhamdulillah kalo sihat..
yang tak sihat tu cepat2 la pegi klinik ok....
ok..sweet gitu...

harini nak share pasal 26hb..

apa yg berlaku mintak simpang la dari terjadi kat negara kita kan...

ANGKA KERAMAT 26 MENJADI IGAUAN RAKYAT INDONESIA...

26 DISEMBER 2004,TSUNAMI DI ACHEH..
26 MEI 2006 GEMPA BUMI DI JOGJAKARTA
26 JUNE 2009 GEMPA DI TASIK MALAYA..
26 OKTOBER 2010 TSUNAMI DI MENTAWAI..
26 OKTOBER GUNUNG MERAPI MELETUS..

26 DISEMBER 2010,GARUDA INDONESIA
DIGANYANG HARIMAU MALAYA!!!

erm..yang last tu penangan bola punyer pasallah....huhu..

TAHNIAH MALAY TEAM

ape pun hopefully ALLAH SWT memelihara negara kita dari malapetaka

ALLAH MAHA KUASA
ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA
PADANYA KITA BERSERAH










-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 03:25 0 bebelan pembaca kiut

19 December 2010

~Summer Camp~

Assalamualaikum

Harini gi hantar anak sedara amiruddin & atiqah gi summercamp kat
SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA..
sedih betoi masa nak balik...tengok ikah n amir dok nangeh..
hurm..takpernah dok pi mana sorang2 jadi cam tu la..
huhu..
sayer memang takleh nk tunggu lama2..
kang dgn sayer2 nangeh..haha,,emo kan aku ni...

(dalam kereta)

masing2 pokpek2 la..
pakat wat lawak bodoh diorang tu...
dah sampai sekolah tu masing2 dah mula senyap..

~pic masa sesi pendaftaran~
.
...
....
......

lepas mendaftar budak2 ni kena masuk dewan besar..
dengar taklimat with parents dulu..pastu si mak n bapak2 ni boleh la peluk cium anak kesayangan masing2 yer...
ramai jugak mak bapak yang terkucir ayer mata..kahkah..

~sesi dengar taklimat...
punya ramai org tua yg mengambil tempat di dlaam maka
ramai jugak peserta summercamp yang kena dok luar...huhu~

pas habeh jer sesi taklimat ni si mak2 n bapak2 ni kena jumpa anak for 5 minitus only.
pastu boleh "eave them alone"..huhu...
tak alone lah..kawan2 kan ramai...
my sis yg dua org tu dah mula la nak wat sesi air mata..
hikhik..naluri seorang ibu...sensitive btoi....kan2..


ok.selesai ceritera..











-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:50 0 bebelan pembaca kiut

16 December 2010

~Kisah Si Pencuri Kain Kafan~

Salam..
Kawan2...lama tak tulis belog sayer ni..
Harini nak share citer kat bawah ni..
Nauzubillah.....MasyaALLAH...Astaghfirullahalazim....
dahsyatnya kuasa ALLAH....
jom sama2 ambil iktibar.....

Tujuh (7) perkara ganjil.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..










-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 04:56 0 bebelan pembaca kiut

13 December 2010

~Bismillah 6 ~

Salam...erm...sayer juz nak share jer khasiat mengamalkan bismillah 6 ni..hehe...
Sayer ni pun bukan nyer rajin sgt...tapi tengah mencuba untuk amalkan hari2....
Harap2 dipermudahkan supaya dapat amalkan hari2 la yer..
nak jugak menghafal tapi kotak pikiran ni dah mcm benak jer nak hafal..huhu..
biasalah....dah habes study...makin kerap la mkn kepala ikan...camner nak ingatkan...
langkah terbaik lekat jer kat meja opis sayer..
jangan saper2 duduk kat meja i sudah la..kang burok plak bontot u olss.....hahah...


  1. Dapat memakbulkan segala hajat dan cita-cita kita
  2. Luas pintu rezeki
  3. Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita..(erm..kalo kita tiup pada laki camner lak kan..hehe..nk jugak tiup kat suami sayer..utk kebaikan la kan..)
  4. Menang dalam peperangan
  5. Sebagai Penerang hati
  6. Mohon dijauhkan dari segala penyakit.(mudah-mudahan)
  7. Dibaca 70 kali setaiap hari agar aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalimyang hendak membunuhnya.(lebih kepada zaman para nabi kita-sekarang pun blhguna untuk jauhkan diri dari ancaman musuh kita)
  8. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihta malaikat,jin dan syaitan
  9. Dibaca di malam jumaat 20 kali supaya dpt melihat org di dalam kubur
  10. Aman dan bebas dari binatang2 buas
  11. Air laut menjadi tawar
  12. Terlepas daripada terkena bunuh juga boleh dibca pada tubuh badan kita
  13. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada
  14. ancaman babi,tikus dan burung
  15. Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan
  16. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung
  17. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  18. Terselamat dari karam dilaut.
  19. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  20. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  21. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  22. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  23. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  24. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  25. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.






-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 13:35 0 bebelan pembaca kiut Labels: Doa

8 December 2010

~Today is my MOody Day~

Salam...
badmood today..i'm sorry

salam ollss..
takda mud nk tuleh blog pun..
tapi nak jugak tuleh..haha
borink gila harini..
perut saya asyik meragam..
bila la penyakit ni nak hilang hah??
grrrrrrr...

tgh sakit hati ngn org sama ni
lagi la ber+ sakit ja rasa..
takper la..
org tu igt aku ni slh sgt kot..
dia pun tak muhasabah diri..
hurm..manusia2..
susah betul dok sorang2..
byk sgt tanggapan negative manusia..

urm...takder apa nk tuleh lagi la kauorang2 semua..
jumpa lagi la nnt..
nk tido (time kejer ni)..hahhaa
da.....








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 01:52 0 bebelan pembaca kiut

2 December 2010

~ Kalau Lelaki Menjadi Isteri!!! ~


Assalamualaikum n have a nice day...

korang pernah byg tak camner la 1 hari nt bakal suami n yg sah berkahwin ni penah tak terpk camner la kalo incik suami kita2 semua jadi househusband...wuuhuuuu..best giler beb!!

mybe ada yg jadik camtu..tapi skunk ni susah nk jumpa yg betul2 jadi suri di rumah...

owhh...sedang asyik membuka helain bukumuka sayer terjumpa alkisah tentang suami yg mengambil tmpt si isteri...



::::::::::::::::::::::::::>>>>>



Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.

Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,

sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.

Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan.. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu macam beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........


Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah

anugerah Tuhan yang tidak ternilai.


(ni sayer copy dari bukumuka@fesbuk..huhu..kan best kalo incik suami camni..

tapi sayer tak duduk sekali lagi...still jejauhan..huhu.tak tawu lagi incik suami macamna..suka tlg ke tak..haha..

saya harap nnt dia sudi2 tlg saya..kata sayang kan...)








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 08:54 0 bebelan pembaca kiut

20 November 2010

~Aidiladha~

Assalamualaikum



Raya haji kali ni tersangat lah suram..
tak best la..mcm tak raya..
tak dgr pun anak2 seara bakar mercun..
raya ke-2 ada kenduri kat rumah sis..
buat korban sekali ngan kenduri arwah..
sedih..
raya without him..
tak boleh tgk bilik dia..baju dia..
senang kata semua yg bersangkut dgn arwah syamil..
tapi yg best sbb gotong royong masak..
macam2 kerenah..hehe..

















-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 11:31 0 bebelan pembaca kiut Labels: Aidil Adha

15 November 2010

~Genap Sebulan @ 30 hari~

Asslamualakum

Cukop Sebulan!!
lebih kurang waktu ni..
kami sekeluarga menerima berita kemalangan
sekaligus menerima berita kematian arwah SYAMIL BASRI
YA ALLAH..kuatnya dugaan yang kami terima YA ALLAH..

Arwah syamil pergi tinggalkan duniawi..
Menghadap PENCIPTA kita semua..
Semoga yang ditinggalkan semakin tabah menghadapi dugaan ini..
Semoga akur dengan kehendakNYA.
Semoga semakin redha dengan kehendak Yang Maha Kuasa..

Raya Aidilfitri 2010

Men aktif sgt amek gmbr..
Raya haji saper nk amek gambar acu??
sape nk amek gambar family??
gila2 mcm yg ang amek tu men??
rindunya...miss u so much..

"ni kalo ada dslr syok la"
sambil mata dia tgk saya..
saya ckp"ha..tu awat tgk acu plak?"
"tu nk soh aku beli la tu.nnt la..ada rezeki lebeh blh la beli"
"konker la kat hang"

itu ry puasa punya kisah...
skrg syamil hanya tinggal nama..
syamil pergi tinggalkan saya..
pergi tinggalkan mak dan ayah dia..
pergi tinggalkan kakak dan adik2 dia..
pergi tiggalkan semua sedara mara..
pergi tinggalkan semuanya..
usik-mengusik dia..
membuatkan kami terlalu rindu dan ingatkan dia..
syamil tinggalkan gurau senda dia utk kami..
usikan dia yang terlampau
membuatkan kami semua teringat pada arwah..
dan takdak sapa yg blh ganti semua yg ada kat dia..

hanya al-fatihah mampu dikirikmkan pada dia disana

YA ALLAH YANG MAHA SEGALANYA
KAU tempatkan arwah Ahmad Syamil Bin Basri
dikalangan para solihin..
di kalangan org2 yang beriman..
tempatkan dia disyurgamu YA ALLAH
KAULAH YANG MERANCANG SEGALANYA
Kami terima dan redha atas kehendakMU YA ALLAH
Amin Ya Rabbal A'lamin..

~men..sorry sbb tak tercapai hajat nk bagi men guna kamera dslr tu~
~kalo acu tau acu akan himpun duit awai2beli bagi men guna~
luv u syamil..semoga tenang di sana.
~happy sbb lepas kawen saya byk habiskan masa ngan arwah~
syukur sbb arwah boleh ngam dgn paksu diorang
mana kitorang pegi mesti bawak dia n 3org lagi cousin dia


i'm sad :-(
::
::
::
::
::
::
::






-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:05 0 bebelan pembaca kiut Labels: Kenangan

~Tips Untuk Hilangkan STRESS~


Antara tips2 yang boleh menangkan fikiran seseorang..jom baca..

1) Biasakan diri dlm keadaan wuduk.Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri
dengan berwuduk sebelum memulakan apa2 pekerjaan.Kerja yg susah akan senang dan
mudah selesai.Para pelajar boleh mengambil wuduk sblum mengulangkaji pelajaran.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran.Kita akan memperoleh ganjaran yang besar oleh ALLAH SWT
walaupun membaca satu ayat.Bacalah selepas usai solat 5 waktu.Jadikan Al-Quran
teman paling akrab.

3) Banyakkan Solat Sunat kerana kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat dalam harian kita.
Antaranya sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah. Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada- Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh- sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoahanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan AllahKita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapandengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yangBerkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat. Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat .Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hatiTekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapatdiredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasanhati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebutdalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" adasesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, merekaseolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yangMaha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kbolehan diri sendiri. Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dantiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendir.i"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.







-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 03:26 0 bebelan pembaca kiut Labels: Info

14 November 2010

~Ibu Mengandung~

Asslamualikum bloggers!!

Tetiba rasa nk mkn kat mr.kenny punya restoran..haha
KENNY ROGERS..
ibu mengandung cepat jer "ha jom!!"

ibu mengandung mkn tak habeh pun....
saye plak yg mkn pulon2...hohohoho

pastu ibu mengandung teringin plak nk minum
Toffe nut kat starbucks..
huh...kuat makan betoi..
hii...jgn mara mom to be (midah) yer...







-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:03 0 bebelan pembaca kiut

10 November 2010

~ Cakap Besar ~

panasnya hati
sakitnya telinga
malsnya nak dengar
(eh..lupa bg salam pulak..punyer la panas kan..huhu)

Assalamualikum semua..

hisyyy...nape la kalo nk ckp besar suka sgt bg saye dengar??
TUHAN tak suka tau org yg ckp besar..
nnt DIA balas balik ape yg korang ckp tu apa nak kata??

sempurna sgt ker awak??
~kalo awak sempurna kenapa awak tya saya itu dan ini~
~kalo awak sempurna kenapa tya pndpt saya itu dan ini~
**kalo kita tak tahu sesuatu jgn buat2 tahu**
**kalo tak faham jgn buat2 faham...sila bertanya ok**
**kalo kita baru dlm situasi yg berbeza jgn la kita nk belagak**

hisy....pasni saye cuba elak diri dr awak ok
tak guna cita kita duit byk kalo kita ni hutang keliling pinggang..
tak guna ckp kita mkn hebat2 padahal kita ikat perut-catu makan..
tak guna sembang barang branded2 kalo nak beli pun pk 5/60 kali ok...
tak payah nk cemburu kalo org lebih dr awak skittttt jer...
bukan lebih dr awak 100% pun kan...20% jer








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 16:36 0 bebelan pembaca kiut Labels: Panas

6 November 2010

~Not Feeling WeLL~

Salam semua..

so bored!!!!!!!!!!!!!!!!!ok
cuti3 hari..tapi xboleh balik kampung...
why???

sbbnyer saye takut nak nek feri la...
hujan tak henti2..
nnt laut beralun sakan jenoh aku menanggong finin dlm feri tu ha..

rutin sayer??
.
..
...
....

bangun tito-subuh-tengok tb-main fb
jahit manik-kemas rumah-masak
e'eh...syazrah cooking ker??hehe
*blh la...dr tak reti kan*
tapi arini sabtu-i tak masak okey...
nape??
de answer is :-

M.A.L.A.S

hari malas sayer..
sabtu yg malas..
sabtu yg boring..

ader saper2 nk sponsor diri ker..nk kuar jejalan ngan i ni ha...
hehe

keluar apenyer...
demam pulak!!
hubby ckp demam rindu dier..
hahahaha
nak gelak la bie..

aku kuar amek ubat jer lah..
pastu balik tido la...

malamnya..

bie ckp:-bie pun selsema pulak ni..
hurm....korang nk tahu tak..
kalo sayer demam..hubby mesti selsema or dmm jugak..
tapi nape kalo dia demam ke selsema ker saya takjadi aper2 pun..
huhu...

bie...antibodi bie tak kental erk???
tiru mcm saya!!!!!

ok..bye semua..next entry jumpalagi..dadaaaaa....








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:23 0 bebelan pembaca kiut

5 November 2010

~LiGa FuTSaL~

Asslamualaikum....

Semlm ada liga futsal antara pejabat saya ngan pelangi resort..
aku???mcm biasa la...pi buat semak jer..haha..
tumpang kak zura pi sana..bos soh pi..pi je lah...dah lewat pun sampai...
game first (utk umur 40tahun ke atas dah main pun.haha.bukan tua...40an jer)
termasuk bos saye la...sorry bos...
sampai sana dh game.kategori 40 kebawah...
erm...kalah la...tapi smgt jer tgk anak2 incas main lam grup tu..
tu jer..takder citer menarik tertarik kau memang de bomb pun nk tuleh..

rifah-anak kak zura

owhh..ni makcik ta-ops..kakak lg la...

wah-aper tu..

wife hafiz n anaknya


~after futsal~
lepas futsal..nak balik da....jom...
tetiba kak zura ckp nk gi mkn.mak aiiiii...
segannyerr.....
selalu sgt dia blanja i tau..huhu..
tapi dh naik kete kak zura,i ikut jer lah..hehe
mkn tumyam..jom korang..lyn makan plak...haha




tu ja 4 tudey...k,da......







-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 03:42 0 bebelan pembaca kiut Labels: Game

3 November 2010

~ SaT Jaa ~~

Assalamualikum...

lumrah manusia (termasuk saya)..kalo nk pegi mana2 ckp "sat ja" kan...
padahal lamanya TUHAN yang tawu..tapi takdak la mcm sorang hambaALLAH ni..mak ai dia punya sat 5 jam kot..hahaha.jom layan cita panas saya petang nii...
:>
:>
:>
:>
:>
lama nya "sat" awak yer..hehe..
selalu mase awak *** mesti cakap "sat ja"..
awak tahu tak saye tak suka "sat" awak tu....
sbb "sat" awak tu terlalu lama....

korang nk tahu "sat" die di atas tu lama mane??
30 minit die = 2 jam saye tunggu
korang nak tahu tak "sat" sat die di atas tu lama mane?
1 jam die = 5 jam saye tunggu

saper???
korang nak tahu ker?
nnt kang tak pasal2 dpt dosa saya aibkan nama dia kat entry sayer ni..
ape yg penting die di atas tu takder kena mengena ngan mr.rite saya..dad saya..mum saya..
senang ckp takder kena mengena ngan family i tau....

serius...saya tak tipu..memang tu la "sat" dia..
sampai saya nak log out dr opis ni pun dia tak nampak lagi..ha...
(alamak..tetiba kuar "opsi"..ha..mst korang dpt tangkap saper)
kan saya dah ckp..."sat" die di atas tu lame kan...
perghhhh..mantap!!!!! tapi aku yang geram...grrrrrr










-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 06:10 0 bebelan pembaca kiut Labels: Dalam Hati Ada Api
Newer Posts Older Posts Home
Instagram

Mak..Always ♥ you


My Eberiting

My Blog List

  • Yuyu Zulaikha
    Hello Darlings
  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
  • peej.burhan
    Bila anak mengikut.
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Kasih Aleeya & Kasih Amaani
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
  • hamidah liyana
    PERCAYAKAN ALLAH
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • Model-80an
    Terima Kasih Allah
  • Kisah Hati
    my tudungs..
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
  • Segalanya Disini
    KEINDAHAN MUTIARA KATA
  • noor hidayah kamarulzaman

Mukabuku

Syierah Yusoff

Create Your Badge

Si cantik dan Si Hensem

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (82)
    • ►  December (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (14)
    • ►  April (20)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (125)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (27)
    • ►  May (13)
    • ►  April (16)
    • ►  March (14)
    • ►  February (11)
    • ►  January (15)
  • ▼  2010 (29)
    • ▼  December (9)
      • ~Last Entry 4 2010~
      • ~Hari Akhir 2010~
      • ~Befday Arwah~
      • ~26~
      • ~Summer Camp~
      • ~Kisah Si Pencuri Kain Kafan~
      • ~Bismillah 6 ~
      • ~Today is my MOody Day~
      • ~ Kalau Lelaki Menjadi Isteri!!! ~
    • ►  November (9)
      • ~Aidiladha~
      • ~Genap Sebulan @ 30 hari~
      • ~Tips Untuk Hilangkan STRESS~
      • ~Ibu Mengandung~
      • ~ Cakap Besar ~
      • ~Not Feeling WeLL~
      • ~LiGa FuTSaL~
      • ~ SaT Jaa ~~
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2009 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2008 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)

Visitors


Copyright©2008-2012 all rights reserve by syierah yusoff