-->
Syierah Yusoff

✿ Our Annivesary ✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Iman Arissa Bt. Rashidi @ N.I.A

Lilypie First Birthday tickers

20 December 2012

~ 20.12.2012 ~

20.12.2012

Nice date......

korang dah buat sesuatu yang boleh dijadikan tarikh keramat dlm hidop ker?haha..

mesti ramai yang akad nikah harini..

tahun depan takder 20.13.2013 dah..sebab bulan sampai dismeber ja kan....

ok.....da....





-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 17:15 1 bebelan pembaca kiut

19 December 2012

‎~ Pesan Buat Bekal Kekasih Halal Ku ~


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si diajangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..Tolong tegur si dia, bila dia mula 

mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..Tolong tegur si dia, andai 

nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan 

Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya ALLAH mengetahui siapa si dia.. 

Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana 
si dia...

Smoga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:46 0 bebelan pembaca kiut

16 December 2012

~ 7 Month ~

Assalamaualaikum...

fuh..fuh....dah bersawang dah blog i ni..ya ALLAH..malasnya TUHAN ja yang tahu..dah sebulan lebih tak buka blog..nak update bagai memang jari ni tak rajin nak menaip...tapi pagi ni rasa semangat pulak nak buat entry baru..haha..

Alhamdulillah dalam sedaq tak sedaq dah 7 bulan dah my baby dalam perot ni...hopefully dia sentiasa sihat..sekarang ni dah semakin aktif dah sampai i tidor pun asyik tekejut jer...sekali dia kick mau terjaga mummy awak ni tau..nak mengiring kanan tak kena kiri tak kena..takut tertintindih si kecik ni ha..tapi org ckp baby dlm perot dah ada ruang tersendiri utk dia bergerak....so tak jadi masalah la kalo kita nak tido macaana pun....org yang pestime macam i ni memang la gelabah nya lebih...

Sekarang ni makan semua dah ok cuma mood jer kadang2 ok kadang2 tak ok..badan pun dah makin tak larat ja rasanya...dulu 4 5 bulan boleh lagi la kau cergas  jalan sana sini....kononnnya belagak la cergas lebih...hah...masuk 7 8 bulan ni baru kau rasa letihnya macamana kan..tapi takpa...
pengalaman yang penuh makna sepanjang hidup i..:-)

haritu dah scan..erm..doc ckp baby ____ ..tapi jangan harap sgt sbb takut berubah nnt..langkah paling selamat nak pilih baju beli lah warna putih jer semua...ada la selit2 skit2 warna yang cool-cool jer..
tak kisah la keluar mana pun...jnji awak sihat sempurna ja sayang....
bulan 1 nnt your dad balik sini kita jalan2 gi shopping barang awak lagi yer..

ok..ok...ok...
tak payah nak melalut banyak2 sebab memang satgi jadi ayat tah apa2 lagi ha...




sekadar renungan
::

:::::

::::::::

♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.



♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.


♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.

♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.



Allah sebaik-baik perancang

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 11:17 0 bebelan pembaca kiut

13 October 2012

~Kurang Memuaskan ~

Assalamualaikum....

Alhamdulillah pagi ni diberi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH...
Semoga awak2 smua pun sentiasa sihat dan sentiaa dirahmai oleh MAHA PENCIPTA..

semalam 12oktober2012...pergi ke salah satu institusi kewangan (ayat skema..haha..i pegi bank) untuk ambik statement account..bank apa?owhhh..biarlah rahsia...kang tak pasai2 blog i kena bang bang boom plak...pegi awal pagi..hari jumaat adalah hari cuti bagi neheri kedah..so bila dah tak keja pegi bank pun pakai ala kadar ja..watpa nak siap lipstik bagai...pakai baju ala2 retis tu smua kan...pakai comot2 sudah...

Nak masuk bank dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim...dengan harapan diberi layanan yang baik..(bukanlah mintak macam layan VVIP pown)..cukuplah sekadar mudah dan senang untuk berurusan..perkara paling i malas adalah pi bank atas urusan lain(yan melibatkan officer diorang) selain urusan mengambil dan memasukkan duit..dekat kaunter tu sikit punya lah sopan panggei salam smua..ok....dia jawab...tapi bila tanya pasai macam2 dia mcm endah tak endah..mata tengok kelain (ala2 mcm dia mluat nak layan la)..tapi ada sorang laki ni berurusan dengan dia mau plak dia layan..sebabnya dia tawu laki tu cikgu...pastu ada sorang pakcik kampong masuk,dia takmo layan gak..bila sorang chinese masuk pkai wongi2 snyuman dia tak lekang di bibir pulak...dalam hati aku (ooo....kau pilih bulu ya)...ok....pakcik tu pegi dekat org lain tya apa yg perlu dia tanya la...(mana la aku tau apa kebenda dia nak tya)..takmo cakapa banyak i minak borang yang perlu diisi..dia bagi dengan muka tak paling langsong.....mak aiii..sombongnya kau...

**dah siap isi borang **

"cik..nah borang,betoi dak....ada apa2 yang perlu lagi dak?" *lepas baca borang semua dia ckp "arr puan keja dkt ************** sini erh?" (lepas tanya tu terus dia ckp elok2 siap snyum macam kerang busuk)..aku jawab "yap..why?".."owh..ok...takde ape...sebab saye ade kenal jugak org ** ni...erm....ok...tq..isnin saya dtg balik..

amboih..takkan nak kena tgk dulu org keja mana,keja apa baru nak layan baguih2...isy...tak adil btoi...sebelum ni ok ja org lain jaga kaunter tu..kau plak sombong nak mampus..janganlah dok tengok darjat seseorang...bagi la layanan yang baik pada customer anda..ingat la...."customer olwes rite" walopun customer tak btoi..hahah..tapi tak semua org mcm tu..cuma tak puas hati dekat minah ni sorang ja...branch langkawi ni jer..yang sebelum ni ok2 ja...takdak masalah...lepas ni nak pi berurusan dengan mana2 tempat pun sila pakai kemas2 supaya org tak pandang kita sebelah mata..tak tengok kita jeling menjeling..i bagi 1 star je kat service dia..yang lain2 5star..heheh..

ok..dah habeh membebel....peace!!

*tahniah buat opismate yang menerima kehadiran orang baru pada 12/10/2012 jam 11pm..nanti unty pegi tgk yer*
-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 10:13 0 bebelan pembaca kiut

10 October 2012

~ Anak ~




Sesungguhnya ANAK itu adalah AMANAH dan bukanlah HAK MILIK KEKAL kita ~

ALHAMDULILLAH..walaupun lambat masanya,sekarang saya merasai semua ni...3tahun menunggu bukanlah satu jangka masa yang singkat..(mau berpeluh jugak kalo org dok menanya"bila lagi nak berjalan bertiga ni"..senang kata cemuih dengaq org tanya)

tapi

tapi

saya tetap SABAR...

buakn senang ALLAH nak bagi AMANAH dia kepada kita kan?
mungkin dlm tempoh tersebut DIA dah tetapkan yang saya tak mampu lagi untuk mengahrungi AMANAH yang bakal diberikan...

now
:
::
:::
::::

its the time!!!!

i got it.

SYUKUR..
ALHAMDULILLAH..

lagi 4 bulan saya ak jumpa budak comel ni...incik suami lagi lahhhhh tak sabar....
hari2 asyik mesej "anak dia wat apa?"
before ni mane lah anak dia dok gerak2 lagi....apa saya blh jawab???
dah memang tak rasa gerak semua tu lagi..
 7/10/2012-BALIK JUMPA HUBBY

mlm tu singgah makan sebab i dah tak tahan lapaq...
dalam tengah2 dok mkn rasa lain mcm ja perut ni....
masyaALLAH..baby nak gerak pun tunggu bapak da ada...
pes time rasa...taktau la...tiba2 sebak...isy..emo kan?
tapi tu la perasaan i masa tu..
kalo org ckp aku ni "keciwi" la,lantak lah..hehe...#adaakukesah#..
pastu terus tarik tangan bapak dia..pastu dia macam malu2...aik?pulak...
nak malu pasaipa??i nak bagi dia rasa,jadi org first yang rasa anak da dh gerak sket(walopun bukan gerak ala2 menendang bola tu) tapi cukuplah memadai dia rasa zuriat dia makin nak membesar...
:
::
:::
rupanya..................dia malu sbab org sebelah meja kami tu dok tengok dgn muka yg plek..
coi...ptt la maluuu,..
dh habesh makan naik keta baru terpikiaq...
malu jugak no....
hahaha

apapun ALHAMDULILLAH..baby dah mula gerak2 skit..walopun tak aktif sgt..yer lah,baru masuk 5 bulan..

SAYANG!!!!!awak adalah ANUGERAH ALLAH yang tak terhingga wat kami berdua

♥♥♥




-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 21:25 3 bebelan pembaca kiut

~ Kita sering tertipu ~

Assalamualaikum...

sihat???alhamdulillah...

meh sini nak share sesuatu..kalau rajin baca la sampai habis..hehe..







Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menip

u umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.


1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.


3. Kita diajar memak
an kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!



halllamak..i pun minum susu lembu jugak...tak minum sgt susu kambinggg...ok..lepas ni kita tukaq plak..

okey..itu ja utk tatapan dan renungan untuk diri saya sendiri dan kamu2 semua...wallahualam..


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 08:29 0 bebelan pembaca kiut

28 September 2012

~ Bajet 2013 - alhamdulillah ~

Assalamualaikum....

Hot topic kat pesbuk harini adalah pasal bajet 2013...alhamdulillah..dapat tambahan bonus lagi sebulan...cukoplah dari takda kan...macam biasala ada yg puas hati ada yang tak..ada yang sampai ckp "tak halal duit aku kau bagi pada org kau" lah...yang tak puas hati cakap pasal "org ramai ucap terima kasih kat najib tu buat ape" lah..dan tak kurang jugak yang ucap terima kasih dan bersyukur sebab diberi imbuhan sperti yang dientangkan..takpa..apa pun kita terima jer lah..saya tak layan lama2 pun bajet ni...tiap2 tahun takdak la sampai mendagu depan tv..tapi buka yg last2 ja....habuan nak dengar ade bonus ke tak....haha....finally dapat la lebih sket dari tahun lepas...SYUKUR ALHAMDULILLAH..sekali lagi berpihak pada incik suami di mana anggota atm diberi elaun intensif khas rm200..alhamdulillah bagi pihak suami..rezeki bakal anak kami...rezeki awak lah sayang mummy...ok awal2 lagi i dah warning dia utk spent duit tu utk anak kitorang ni..hubby cakap i "mata duitan"..haha..ada i kesah...

owh..ada yang belum tahu pasal pembentangan bajet tu ka???meh sini nak share..baca tau...


Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia?

  1. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  2. Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  3. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  4. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  5. Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  6. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  7. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  8. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  9. Industri halal
  10. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  11. Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  12. Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
  13. Petani, nelayan & penjaja kecil
  14. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  15. Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  16. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  17. Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
  18. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
  19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  24. Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
  25. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  26. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  27. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  28. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  29. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  30. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  31. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
  32. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
  33. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
  34. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
  35. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
  36. Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  37. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  38. Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  39. SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
  40. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  41. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  42. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  43. Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  44. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  45. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
  46. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  47. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
  48. BR1M 2.0 : RM500 Bagi Pendapatan RM3000 Kebawah. RM250 Untuk Individu Bujang Berpendapatan RM2000 Bawah Berumur 21 Tahun Ke Atas…
  49. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  50. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  51. Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  52. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  53. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
  54. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten
  55. Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam

ok...jumpa lagi next entry...
jom solat maghrib..
babai...

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 19:39 0 bebelan pembaca kiut

24 September 2012

~ 18 weeks ~

Assalamualaikum...

Hai..rajin pulak i nak wat entry baru...mood malas dah berakhir agaknya...hehe..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

hari ni genap usia kandungan saya 18 minggu...harap2 baby sentiasa sihat dan membesar dengan baik dalam perut saya ni..macam biasa harini kena gi melawat jiran sebelah a.k.a Klinik  kesihatan..hah!!mudah kan...klinik sebelah opis...jalan kaki pun boleh..tapi tak larat pulak nak jalan kaki..kalaulah ada pintu yang boleh keluar masuk memang i dah jalan kaki dah..jimat minyak...(oi..melalut ape lah ni)

ok..ok..ok...harini tak macam sebelum2 ni...harini klinik lapang ja..orang tak ramai...atau saya yang exited pi klinik awai2..malas nak menunggu turn lama2..buhsan tunggu nombot...sampai awal..dapat nombor awal...ambik darah/urine test bagai,alhamdulillah..selesai cepat...masuk jumpa puan misi pown cepat.....lega....

misi cakap "berat puan naik sekilo lebih ni,lepas ni puan kena mai hari2 untuk cek BP..mak aii....punyalah malas nak mai sebulan sekali pon!!ni nak kena mai hari2 dalam masa semingggu....ok baby..mummy awak tak kisah asal awak sihat....mummy pown sihat..haritu punyalah risau sebab berat asyik dok main cuk cak cuk cak ja..45kg/44kg/...pastu naik la sket 45.5 la45.4 la...dok main kot tu ja...harini naik 47.5 kg...dah kena beletiaq pulak....serius i memang pulon makan nasik banyak2+memang lapaq btoi pun,berat pulak naik sekilo dah kena bebel ngan puan misi...ok,saya akur...terima segala teguran..haha..puan misi ajar cara nak menyusu..eh...tak terlalu awai ka?????ok2,tu kerja lepa,biaq la lepa nak ajaq awai2,nanti senang la balik tuleh dalam diari..(rajin la sangat nak menuleh..menaip pun berat tambah nak tuleh2 pulak....cari kematu jari habeh)...

balik dari klinik terus carik nasi lemak dengan niat tengahari nak makan biasa2 ja.takmau makan nasik dah...bila time rehat tadi i terus anti nasik...makan kutew sup ja..heheh..tapi alhamdulillah kenyang jugak...petang2 ni dok saja2 makan buah ja...takpun minum ayaq sampai kembong..mesej incik suami...story la apa yang patot then dia pun hantar mesej balik dengan panjang lebaq buat list makanan apa yang saya perlu makan dari pagi sampai malam(berapa kali nestum da saya mau telan..huhu)..be4 ni dia yang nak saya makan banyak2 bagi berisi..bila dengar macam tu dia plak risau lebey...takper bie,dah tanya kawan2 diorang cakap itu dah kebiasaaan bagi org mengandung...awak jgn risau lebey2 na....

baby!!!tak sabaqnya tunggu awak gerak2..hehe..




-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 16:44 0 bebelan pembaca kiut

23 September 2012

~Laman Bersawang~

Assalamualaikum...

dah lama tak godek2 blog ni tiba2 harini buka blog dh upgrade baru...sebelum ni ada jugak try upgrade tapi tak berapa nak minat sgt..tapi yang ni dah autoupgrade i layan jer lah...

kononnya dulu nak update blog habeh malas pun seminggu sekali la..nah amek kau...ni bukan dah seminggu sekali..2 minggu sekali pun dah jarang nak update..sejak2 berbadan dua ni malas TUHAN ja yang tau..serius malas nak menaip bagai..malas nak menatap skrin pastu pikir nak buat karangan apalah dlm blog ni..haha..

OK..nak citer part AIDILFITRI (sebab i mls nak update masa raya)

Aidilfitri yang lepas alhamdulillah dapat sambut dengan incik suami..alhamdulillah sebab dia berpeluang untuk hadir kursus di semenanjung secara tak langsung boleh la balik cuti raya kali ni..tema tahun ni hijau(taktau nak kata hijau apa sebab cukop susah nak cari baju melayu dia sampai pusing merata kedai payah nak jumpak.hui....jangan dok pilih dah warna yang tak tahuan punca tu)..

Raya tahun ni sangatlah sunyi walaupun incik suami balik..sunyi sebab mak takdak tahun ni..dan tahun2 yang akan datang..".yang pergi takkan kembali lagi"..terimalah hakikat ni wahai tuan empunya blog..ok...saya terima..saya redha...bila mak takda rumah sedara mara pun tak semua sempat pegi..sebabnya tahun2 lepas mak yang ajak ke sana ke sini..ayah pun tahun ni asyik dok rumah ja..ayah pun hilang semangat nak bejalan agaknya..

raya kali ni sedara mara tegur nampak gemokk skett...alahai..saja buat2 tegur i gemuk padahal nk tya i prgnnt ke tak kan...hurm....ok...memang berisi pown...pastu pakat dok lawan teka la baby apa nak kluar nanti..ramai pentafsir2 hebat teka i tgh bawak baby gurll....owh..tak kisahlah mana2 pown..kalo baby gurl senyum lebaqqqq la cik abg i tu...sbb dia mmg nak gugurl pun...i nak laki kalau boleh..tapi tak kisah..rezeki mana dulu pun takpa...penat tunggu oiii....3 tahun bukan masa yang singkat...

baby sayang...kalau awak keluar lelaki ke perempuan ke mama tak kisah..yang penting awak sihat dan sempurna sudah...dah cukup bersyukur dah sayang...lagi 4 bulan kita jumpa erk...








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:52 0 bebelan pembaca kiut

1 September 2012

~ 4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA ~

1. PERTAMA:- AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. KEDUA:- SUAMINYA

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. KETIGA:- ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4. KEEMPAT:- ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /
abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap
firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu
sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak..

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....
janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

Ya ALLAH..takutnya..takut kalau tergolong dlm golongan wanita tersebut..sama-sama la kita memperbaiki diri..insyaALLAH DIA akn membantu..


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 10:47 0 bebelan pembaca kiut

31 August 2012

55 Tahun

Assalamualaikm...

Sala satu malaysia!!wah...terus slama satu malaysia..hehe..Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke-55...semoga Malaysia terus aman dan makmur sejahtera..syukur masih lagi aman berbanding negara-negara lain..tak nak banyak ckp sebab mata dah mengecik...punya la sabar menunggu percika bunga api dari anjung rumah i ni,last2 tak nampak sgt..padan muka...kalau i tahu lah macam tu tadi lebih baik tido kul 9 tadi..bazir masa ja..haha..pulon kan..tunggu bunga api ja sampai sanggup sengkang mata degan lidi...(ceh..menipu sgt kau sengkang mata guna lidi)..ok..gud nite semua....

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 00:08 0 bebelan pembaca kiut

16 August 2012

Masihkah Ada Ramadan Episod 3


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:57 0 bebelan pembaca kiut

Masihkah Ada Ramadan Episod 4


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:56 0 bebelan pembaca kiut

7 August 2012

~Tewas~

Assalamualaikum...

Harini genap 18 hari ramadhan...dan setiap kali berlalunya hari2 dlm bulan ramadhan tahun ni tak sekali pun saya lupakan kenangan puasa dgn arwah mak..tahun ni tahun pertama bulan puasa tak makan "lompat tikam"..ramadhan last tahun lepas bersama arwah mak dia cakap lepas ni belajaq2 buat..tahun depan mak malas dah nak buat masak2 ni..hampa plak masak mak nk mkn..pastu mak senyum2 sambil angkat kening..hurm..maka tahun ni memang betoi2 mak tak masak untuk kami semua..i pun jarang balik kampung..balik sekali ja bulan puasa kali ni..tahun lepas tiap2 mingggu balik..tahun ni MALAS...mybe sebab tengah berbadan dua sama kot.

ok..harini tewas puasa..sebabnya bukan saja2 i nak ponteng puasa..sebab harini asyik "membuweeekkkk-buweeekkkk" ja kejanya..dah tak larat sangat dah..balik rumah terus makan buah..legaa.....pastu sampai la tak pulak nk buwek2..godaan sayitan agaknya..takpalah,korban sehari utk budak dlm perotttt ni.....hehe..

Alhamdulillah...tahun ni genap 4 tahun berpuasa bersama suami..tahun ke-4 nak beraya bersama suami...dan tahun peratam berpuasa n beraya bertiga walaupun org dlm ni baru 3 bulan..pasni pi raya umah sedara mara dah tak segan dah nak jawab soalan2 cepumas tu ha..harap2 raya ni takda la i tak lalu mkn..sebab dah dok terbayang2 ketupat dengan serondeng....owh....terliurrrr.......

ok...selamat berbuka semua...selamat menunaikan solat teraweh...bye...wasalam..




-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 13:22 0 bebelan pembaca kiut

2 August 2012

~Ganjaran Bulan Ramadhan~

Assalmualaikum..selamat pagi!!!!ha...bulan puasa ni nak buat pahala banyak2 tak?nk dpt ganjaran lebih?jom baca artikel ni...
LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadhan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t : Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar.Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.Masya-ALLAH. Bayangkan kalau di luar Ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi Ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah dibaca pada luar bulan Ramadhan, setiap huruf diberi ganjaran sepuluh kebaikan. Jika di bulan ramadhan, hanya dengan surah al-Fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu al-Quran. Begitu juga sedekah dan sebagainya.Ganjaran RamadhanRasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi."

Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara 'dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.
-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 11:56 0 bebelan pembaca kiut

31 July 2012


Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK

BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan

suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:37 0 bebelan pembaca kiut

29 July 2012

perkembangan janin dalam rahim "ibu"


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 16:44 0 bebelan pembaca kiut

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua..

hurm..dah seminggu puasa baru terasa nak buat entry ucap salam ramdhan untuk korang..hehe..sekarang ni mood malas dah bersawang kat diri i ni..
tambah pulak bulan puasa yang penuh mencabar tahun ni..berpuasa sambil alahan yang melampau-lampau..time berbuka nafsu membuak2..makan tak hengat donia..tak sampai 5 minit dah buang balik makanan tu..perit sunggoh..tapi ok..pengalaman..best jugak..

Sampai saat ni saya berpuasa penuh dan masih belum pancit lagi..kalaulah cukop 30 hari....alangkah bahagianya tahun depan tak payah ganti..harap2 ALLAH bagi kekuatan untuk saya hadapi RAMADHAN kali ni..RAMADHAN tanpa arwah ibu amat terasa..malam pertama pergi terawih dok nampak ja kelibat mak kat saf depan sekali..kebetulan yang duduk tempat arwah mak selalu duduk tu susuk tubuh sebijik macam mak..mlm tu pi dengan my sis,elok toleh muka nak bagitau dia apa yang saya nampak,dia dah siap tersedu2 dah....mak ai..pulak dah..pasaipa ni...pastu dia pun ckp yg sama.."aku dok ternampak kelibat mcm mak dok depan tu...aku sedih la.."hurm....rupanya dia pun rasa yng sama..takper la..kita sedekah la apa yg patut kat mak..mak kat sana tenang...yap...aku tengah pujuk hati supaya air mata tak keluar...uisy..maluuuuu...alhamdulillah..malam pertama terawih selesai dengan jayanya..mlm ke-2 dan seterusnya buat 8 ja...hehe..

Sehari sebelum puasa pergi kubur mak..bersihkan kubur mak,kubur tok(sebelah ayah),kubur tokwan(sebelah ayah),kubur pakngah(sebelah ayah),kubur pakcik(sebelah ayah),kubur abg(meninggal masa umur brapa bulan tah),kubur makngah(kak ipar ayah)..bawak si kecik akashah dan si abg amirudin..beriya2 budak2 ni bawak kain lap nisan yang kotoq kena tanah kubur..pastu suami buang rumput2 dan daun2 pokok yang kering jatuh atas kubur...alhamdulillah..tenang ja mata tengok..ok mak...adik balik dulu(dok ckp la dlm hati mana tau mak boleh dengar)hehe..nanti kita jumpa lagi 1 syawal ya mak..miss u..

ok...stop dulu and taktau bila pulak jari ni rajin nak menaip..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN dengan hati yang ikhlas (bak kata ustad don)
semoga segala amal ibadat kita sentiasa diterima oleh ALLAH S.W.T..
insyaALLAH..


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:31 0 bebelan pembaca kiut

5 July 2012

Wanita Nak Masuk Syurga ?

Assalamualaikum....

Wahai kaum hawa..senang dan mudah kalau kita nak masuk syurga rupanya...nak tawu??jom baca

SANGAT MUDAH ! ! !


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.



-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 10:00 0 bebelan pembaca kiut
Newer Posts Older Posts Home
Instagram

Mak..Always ♥ you


My Eberiting

My Blog List

  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
  • peej.burhan
    Bila anak mengikut.
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Kasih Aleeya & Kasih Amaani
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • Yuyu Zulaikha
    Makeover Ruang Tamu Raya Baru
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
  • hamidah liyana
    PERCAYAKAN ALLAH
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • Model-80an
    Terima Kasih Allah
  • Kisah Hati
    my tudungs..
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
  • Segalanya Disini
    KEINDAHAN MUTIARA KATA
  • noor hidayah kamarulzaman

Mukabuku

Syierah Yusoff

Create Your Badge

Si cantik dan Si Hensem

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (82)
    • ▼  December (3)
      • ~ 20.12.2012 ~
      • ‎~ Pesan Buat Bekal Kekasih Halal Ku ~
      • ~ 7 Month ~
    • ►  October (3)
      • ~Kurang Memuaskan ~
      • ~ Anak ~
      • ~ Kita sering tertipu ~
    • ►  September (4)
      • ~ Bajet 2013 - alhamdulillah ~
      • ~ 18 weeks ~
      • ~Laman Bersawang~
      • ~ 4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA ~
    • ►  August (5)
      • 55 Tahun
      • Masihkah Ada Ramadan Episod 3
      • Masihkah Ada Ramadan Episod 4
      • ~Tewas~
      • ~Ganjaran Bulan Ramadhan~
    • ►  July (5)
      • Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri b...
      • perkembangan janin dalam rahim "ibu"
      • Salam Ramadhan
      • Wanita Nak Masuk Syurga ?
    • ►  June (8)
    • ►  May (14)
    • ►  April (20)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (125)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (27)
    • ►  May (13)
    • ►  April (16)
    • ►  March (14)
    • ►  February (11)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (29)
    • ►  December (9)
    • ►  November (9)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2009 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2008 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)

Visitors


Copyright©2008-2012 all rights reserve by syierah yusoff