-->
Syierah Yusoff

✿ Our Annivesary ✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Iman Arissa Bt. Rashidi @ N.I.A

Lilypie First Birthday tickers

27 February 2012

I'm Losing

Assalamualikum..

entry kali ni sangat menyedihkan dan sangat memedihkan..
i've lost a very significant performance of my life
ALLAHUAKBAR!!
tabahkanlah hatiku wahai Ya ILLAHI..
tabahkan hati seluruh ahli keluargaku..
pemergian mak sangat terasa
yer lah..sapa yang tak rasa akan pemergian ibu sendiri
kalo takdak rasa kehilangan tu tipu sangat lah kot..
sekarang ni hanya tinggal ayah shaja..
saya harus kuat demi ayah..
ayah?nampak dia sgt kuat tapi hakikatnya ayah tewas gak dgn air mata..
tiap2 pagi mesti dia akan pegang tudung mak yang selalu mak pakai.
psan ayah "jangan bagi sapa2 ambik tudung ni.simpan kat ayah,mak hang suka pakai tudung ni" masyaALLAH..ayah terlalu ingat dekat mak..
risau takut ayah plak yg sakit ..
org kata mula2 memang mcm tu ayah...sabaq na..

doa kami buat mak :-

♥ semoga mak aman disana
♥ kami sentiasa kirimkan doa dan alfatihah buat mak
♥ kami sentiasa simpan mak dlm ingatan kami
♥ kami akan ziarah pusara mak selagi kami berkesempatan balik ke kampung
♥ kami redha dengan pemergian mak
♥ terus terang kami tak sanggup nak tengok mak sakit.lebih baik mak dijemput ILLAHI jika itu yang terbaik untuk mak.bukan sbb kami taknak jaga mak..tp atas sebab kasih sayang yang melimpah ruah untuk mak kami tak sanggup mak derita..

alhmadulillah-21/2/2012 mak kembali ke rahmatullah dengan mudah disamping ayah.
hampir 50 tahun hidup bersama,akhirnya ayah berpisah jua dgn mak..
bak kata orang bercerai mati......



♥ DOA UNTUK IBU BAPA ♥

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu......
ampunkanlah dosa-dosa anakmu...






buat arwah mak

♥♥ HJH ASMA binti MUSA ♥♥

♥ terima kasih mak untuk cinta yang tiada hujungnya

♥ terima kasih mak untuk kasih sayang yang tiada akhirnya

♥ terima kasih mak atas pengrobanan yang tidak minta dibalas

♥ terima kasih mak kerana tidak ada penat dan lelah mendidik kami anak2mu

♥ terima kasih mak kerana menjadi guru terhebat untukku

♥ terima kasih mak untuk doa yang mengalir tak terhingga buat kami anak2mu

♥ ikhlasmu adalah cahaya hidupku

♥ nasihatmu adalah petunjuk buatku

♥ aku janji akan selalu bersamamu

_ al-fatihah _


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 09:44 2 bebelan pembaca kiut

19 February 2012

Pasrah / Redha

Assalamualaikum...

Happy Sunday!!

bagi warga KL yang bercuti sila habiskan cuti minggu anda dengan penuh kenikmatan ok...
sbb saya rasa cuti saya untuk jumaat n sabtu sangat singkat!!

rasa mcm taknak masuk keja..
balik kampung jaga mak dekat hospital..saya rasa masa sangat tak cukop!!
rindu membuak2 dkt mak bila balik langkawi ni..
jumaat n sabtu : keadaan mak sangat membimbangkan sebab mak dah tak bagi respon sangat bila saya pangei "mak"..cuba tabahkan hati...cuba kawal air mata...ternyata tewas akhirnya..
doktor ckp memang dah takleh buat apa dah..sel kanser dah merebak ke usus..
ramai yang melawat pesan "jangan tinggai mak sorang2 dah"..
blurrrr...adakah pesanan lepa semua tu sebagai satu amran supaya saya bersedia??erm....saya tengah belajar untuk bersedia hadapi segala kemungkinan..
lagi tersentuh bila ayah yang kuat menageh macam rasa kehilangan yang besaq bagi dri dia..
ayah selalu bagi harapan kat anak2 dan yakinkan kami yang mak akan sembuh..
berubat merata tempat..tapi itu semua atas kehnedak YANG MAHA KUASA..DIA PENENTU SEGALANYA..sapa la kita yang nak menahan KEPUTUSAN PENCIPTA..saya PASRAH...saya REDHA...jika mak ditakdirkan untuk sembuh,syukurlah YA ALLAH..biarpun mak tak kan boleh sesihat dulu cukoplah bila KAU beri peluang untuk kami mencurah bakti untuk mak YA ALLAH..sekiranya sudah ditakdirkan masa mak dah sampai untuk KAU menjemputnya, aku REDHA dengan kehendak MU YA ALLAH..

ingat !!!!!!


AJAL DAN MAUT DI TANGAN TUHAN

dariNYA kita datang..kepadaNYA jua kita kembali..

ya...saya tawu AJAL DAN MAUT DI TANGAN TUHAN.
sepanjang mak sakit saya dah rasa jiwa saya kosong..sebelum ni balik kampung mak tanya :-

"macamana keja dik",
"adik beli apa kat mak adik(sambil gelak)",
"hang ada duit ka adik ujung2 bulan ni,takdaak mak nak bagi",
"sakit kat mana,mai mak nak urut(kalau saya mengadu sakit badan)"


mula-mula mak sakit saya plak tya mak:-

"macaman mak harini..sihat dak"
"mak nak apa2 dak?adik nak beli"
"mak sakit kat mana,mai adik tlg urut"

sekarang-sunyi!!mak dah kurang cakap..
mak dah tak bagi respon yang baik..
mak dah macam tak kenai saya..(SANGAT SEDIH)
mak dah kurus kering..

YA ALLAH,kurangkanlah kesakitan mak yer...kurangkan bengkak di prut mak yer...
tlglah bagi sedikit kegembiraan dan keselesaan di saat mak dalam keadaan yang daif ni
YA ALLAH...


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 14:33 0 bebelan pembaca kiut

14 February 2012

My Birthday

Assalamualaikum

ha..nak kabor harini beday hambo...haha(tak malu plak bgtau)
incik suami set jam 11.57/11.58/11.59/12.00 mlm tdi sbb takut terlpeas ucap..
nak jadi org 1st la tu...saya dh tidoq pun time tu...dah agak dia mesti kol..hehe
memang org 1st sunggoh la...pagi ni kat fb dia bagi saya lagu beday...like..like..like!!




tenkiu sayang..(hadiah?) dah dpt awai lagi..sbb incik hubby
tak dapek nak balik for my born day...

uiii..tua dah wei..takut betoi dgn angka tu!!




from incik hubby to me..lalalalala


( biasanya kalo born day saya arwah syamil akan msj mcm ni "org tua..selamat hari lahir..jgn jadi budak2..jd org tua skit " .. lebih kurang mcm tu la.. korang dgr mcm kasaq kan..tapi dia memang tak romantic ok..bukan lelaki yg romantic..perkataan org tua mesti ada..buatkan saya sentiasa teringat kat dia..al-fatihah untuk arwah my nephew AHMAD SYAMIL bin BASRI-love u )



-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 08:31 2 bebelan pembaca kiut

11 February 2012

Bowling CK Kedah 2012

Assalamualaikum...

pagi tadi selesai satu game bowling..
not bad la office i..group memang lah kalah tapi individu my opismate dapat num 3 dalam CK Kedah..ngeh2....sangat ok yer.
pastu individu wanita mewakili perkep kedah menang jugak dapat nomot 2..
bos i????num 8 ok....hahahaha..
takpe la janji dapat hadiah kan bos..
untuk menyedapkan hati kami yang dtg dari jauh seberang laut ni,our big bos dato'bakar bermurah hati memebri hadiah untuk ketrampilan terpuji...wah...senyum lebaq la bos i..
best!!best!!best!! sbb i boleh balik kampung after tournament..yahooo..
tapi i balik jaga mak..terkejut dgn keadaan mak masa sampai hospital..
sad!!sad!!sad!!

sekilas pandang perlawanan bowling ck kedah..








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 22:23 0 bebelan pembaca kiut

8 February 2012

Cinta @ Suka

Assalamualaikum..

utk yg tgh hangat becinta..
confuse dak antara CINTA n SUKA..
hah!!ada yg ckp suka tu cinta la...
ada yg ckp suka lain cinta lain..
hurm...saya? langsung tak arif kot bab cinta n suka ni..
dlm kategori "org tgh confuse" jgk kot..hehe..
cebacer bawah ni..
pastu try besza btoi ka dak quote kat bawah ni

.

..

...

....

......

.........


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita.

Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


erm...dah habeh baca?
camana??paham dah..
selamat menilai antara CINTA n SUKA yer..
oo...ada yg tak setuju ka?
takpa..just leave ur comment..hehe

ok...bye

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 17:35 1 bebelan pembaca kiut

6 February 2012

Tutorial : Icon sebelah tajuk post

Assalamualaikum

jom!!sapa nak letak icon sebelah tajuk post meh ikut step dia..

1. Design > Edit HTML

2. tick dekat Expand Widget Templates

3. then tekan Ctrl-F

4. copy cod ni ( data:post.url )

5. kalau dah jumpa sila copy code bawah ni selepas code di atas k




6. ok..pastu nak carik icon yang comey klik sini

7. tau tak camana nak copy URL ICON tu?meh nak ajar ( dulu saya pun tak pandai )
ok

:

:

contoh url

8. korang copy code yang bold sahaja.jangan copy semua..nnt tak menjadi jangan salahkan i okey..:-)


macamana nak cari kod tu (untuk sapa2 yang blur2) jom tgk pic bawah ni..



lepas korang klik dkt link glitters ni akan keluaq macam pic di atas..
pilih la nak icon yang macamana..e.g macam yang saya pilih tu dalam kotak pink tu.pastu dia akan kluar pic ni
:

:

nampak dlm kotak pink tu..tu la code dia..

9. pastu copy kod yang bold tadi n pastekan dekat "URL ICON" ( rujuk step 5 )

10. dah pastekan?then klik preview tgk jadi camana..kalo dah cute ja title korang tu silalah save your templates ok..

done!!



-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 13:33 1 bebelan pembaca kiut

1 February 2012

Di Atas Satu Cinta






dedicated for incik suami
(saya tawu..dia tgk blog saya hari2..lagu ni buat kamuuu)

.

..

...





-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:18 0 bebelan pembaca kiut
Newer Posts Older Posts Home
Instagram

Mak..Always ♥ you


My Eberiting

My Blog List

  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
  • peej.burhan
    Bila anak mengikut.
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Kasih Aleeya & Kasih Amaani
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • Yuyu Zulaikha
    Makeover Ruang Tamu Raya Baru
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
  • hamidah liyana
    PERCAYAKAN ALLAH
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • Model-80an
    Terima Kasih Allah
  • Kisah Hati
    my tudungs..
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
  • Segalanya Disini
    KEINDAHAN MUTIARA KATA
  • noor hidayah kamarulzaman

Mukabuku

Syierah Yusoff

Create Your Badge

Si cantik dan Si Hensem

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (82)
    • ►  December (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (14)
    • ►  April (20)
    • ►  March (7)
    • ▼  February (7)
      • I'm Losing
      • Pasrah / Redha
      • My Birthday
      • Bowling CK Kedah 2012
      • Cinta @ Suka
      • Tutorial : Icon sebelah tajuk post
      • Di Atas Satu Cinta
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (125)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (27)
    • ►  May (13)
    • ►  April (16)
    • ►  March (14)
    • ►  February (11)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (29)
    • ►  December (9)
    • ►  November (9)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2009 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2008 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)

Visitors


Copyright©2008-2012 all rights reserve by syierah yusoff