-->
Syierah Yusoff

✿ Our Annivesary ✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Iman Arissa Bt. Rashidi @ N.I.A

Lilypie First Birthday tickers

30 April 2012

Bosan!!

Assalamualaikum...

apa kabo???sihat?alhamdulillah..
sekarang ni asal bukak fb ja topik yang sama jugak..terlalu banyak sgt isu bersih ka kotoq ka..
hurm..susah nak duga sekrang ni..malaysia dah tak aman macam dulu...ok...memang saya tak sokong mana2 pihak..tapi takmau la sampai kacau bilau..buat perhimpunan secara aman sudah..jangan nakal2 ok...haha..

dulu dok dengaq rusuhan kat luaq negara ja..la ni malaysia pun dah pandai semua tu..takpa la,buat la macamana pun..jangan sampai runtuh bangunan habeh sudah..hal politk biaq la kat lepa nak wat camana pun..kita yang takdak apa2 jwtn ni dok diam2 la,jangan sampai nak mengganas..nanti malaysia nak kena buat perintah bekurung plak..lagi haru biru macam tu..dah tak selamat dah nak keluar pun..kedua-dua pihak ada baik ada buruknya..kita yang dok memantau perkembangan ni toksah la dok teruja sangat...kita tengok ja..mai hari mengundi buat pilihan yang terbaik..nak pangkah mana pun ikut suka lah kan..yang tu bukan paksaan..datang dari hati masing2..takdak sapa boleh halang apa yang kita nak..cool ja..tak payah nak menggelabah..

jangan lah terlalu obses dengan benda macam tu sampai fb jadi medan pergaduhan sesama insan..nak buka fb pun dah rasa bosan dah...masing2 bertelagah sesama sendiri..ada antara kawan2 pun dah naik gaduh disebabkan benda yang tak berfaedah tu..kesian tengok berita ada yang libatkan anak2 yang tak tahu apa2..biaq la anak2 tumpu pada pelajaran..jangan gangu minda budak2 dengan politik..bagi lepa berjaya dulu nanti nak masuk bertanding pun ikut suka la...hehe..

ok..kalau ada yang baca ni rasa saya berpihak kepada siapa,jawapan saya "tidak berpihak pada mana2 parti,cuma nak negara yang aman damai tanpa pergolakan"..ok...babai..

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:54 0 bebelan pembaca kiut

29 April 2012

Kad Kesihatan Anak

Assalamualaikum..

ops...tengok tajuk!!ha,tu nak teka yang i dah preggy la tu..hehe..bukan pasal anak i..sebab i memang takder anak lagi..itu kad kesihatan i masa kicik2 dulu.. Khamis lepas balik kampung..simpan barang2 arwah mak..dalam tengah kusyuk ja simpan barang2 arwah terjumpak kad kesihatan i masa baby dulu..itulah "mak" saya..simpan sampai sekarang..buat kenangan agaknya..terharu..banyak barang2 saya masa kecik arwah mak still simpan lagi..sekarang barang2 tu saya ambik n nak simpan jugak..sebagai KENANGAN..

:

::

:::

::::

:::::

::::::

:::::::








(ops..gambor tunggang tebalik)


ok...wassalam



-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 16:19 0 bebelan pembaca kiut

27 April 2012

Habbatus Sauda


Assalamualikum..



pernah dengar habbatus sauda???ala..sekrang ni belambank kat luaq tu yang juai minuman kesihatan mengandungi habatusauda..dalam dok baca blog farah lee tak sangka pulak habatus sauda ni dapat mengubat penyakit kanser dan macam2 lagi penyakit..try baca blog dia..sejuk mata...tak serabut...cooll jer..dia siap ajar cara merawat semua ikut cara perubatan islam..tapi menggunakan minyak habatus sauda...

kat kampung belambak2 habatus sauda...arwah mak kirim dekat kakak belikan masa dia pegi mekah dulu..sapa yang ada tu jom amal dari sekarang..ala,bukan besaq pun habatus sauda ni..kecik2 ja...bak kata org kedah haluih tet...maknanya sgt kecik..

masyaALLAH...sebut pasal arwah mak,dlm dok counting days dari bulan ke bulan boleh terlupa pulak tarikh 21hb...dah lepas 4 hari dah..teringat janji2 dengan mak..masa ada ura2 kenaikan gaji tu dah berjanji macam2 dgn mak..nak belikan mak sesuatu..hajat tak sampai..janji manusia..mana semua nak perfect..tapi janji ALLAH pasti terlaksana..ALLAH janjikan syurga buat umatnya yang taat pada perintahnya,saya pasti mak bahagia dengan janji ALLAH di sana..insyaALLAH..

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 16:32 0 bebelan pembaca kiut

26 April 2012

Tahniah

Assalamualaikum..

Congrats..congrats..congrats
Congratulation kak hanizayuahmad. Amboi..full name u...
If kak u tgh menge'read' blog saya ni saya nk ckp yg saya tumpang happy utk k.u tau..
itulah rezeki namanya...dah lama tinggalkn zmn bby mmg rasa mcm susah skit k.u kan..tp ok la firas dpt adik..ada jgk org dia nak menyakat kan..bila dpt tawu k.u preggy terus i terpikir tak sabar nk tawu nma ape la bby dia nnt..sbb nma ank2 dia sgt comel..yg si kakak MARHA QAISARA & adik dia FIRAS IZZARIF..suweeett...wahhhh..i excited ok...haha....rezeki naik gaji tau k.u...tolong doakan saya plak tau..

Teruskan berdoa syazrah..jangan putus asa ok..
Ikhtiar,usaha dan doa..selebihnya serah pada PENCIPTA....
insyaALLAH ada habuan awak nnt....
DON GIVAP...
-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 23:32 2 bebelan pembaca kiut

25 April 2012

Beseri Nampak


Assalamualikum w.b.r

hai goverment satff!!hye semua....
ehem2...seri ja nampak muka..mestilah..dah masuk gaji baru kan...wah...cepat panjatkan kesyukuran pada yang ESA..ALHAMDULILLAH..syukur..syukur..syukur...saya????tak banyak mana pun..tapi tetap bersyukur....boleh jugak cover yang mana tak cukop tu..jap2 lagi bank full la...




-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 09:34 0 bebelan pembaca kiut

24 April 2012

Kali Ke-2

Assalamualaikum..

apa yg kali ke-2????its all about your mind!!ops..silap..teringat rancangan adik2ku ker???haha..
OK...its all about berukband....agaknya selalu sgt ckp dia "beruk"band jadinya dia pun protes la ngan i..senang ckp broadband i tengah bebai...selalu sgt problem...apa hal pulak...ni la problem kalau guna prepaid broadband agaknya..tapi orang lain elok ja guna...kena time saya guna macam2 hal kau ni...time saat2 genting perlukan khidmat dia terus dia buat perangai...hangennn satu badan...ni dah kali ke-2 beli prepaid data tu..guna tak sampai setahun dah tak boleh connet..SIM has not been la...NETWORK NOT AVAILABLE la....hisyyyy...tak sabaq dah!!




pegi kedai nak check sbb apa ngan berukband i ni??akak tu ckp "owh...awak kena tukar modem la dik".. i said "awat kak?takleh guna ka..saya masukkan sim fon ok ja boleh guna".. she said "sat kak try tukaq modem"...dia cuba2 godek apa yg tak kena..mata i melilau2 tengok benda lain..and buat2 tak nampak dia tengah connct tu...first conect guna moden baru berkilau boleh ja..kak tu pun dgn yakin cakap "betoi dik..modem adik kena tukaq,dah takleh pakai.." (dlm hati amboi..baru guna ja modem ni dah tak leh guna..tah2 lepa yang bagi prepaid data tu yg rosak kot..2x beli jd camtu gak).."ok kak..lain kali saya mai beli lah..utk harini takyah lagi"..masa ni dia tengah2 cuba connect berukband saya..pastu tukar brukband baru and last broadband baru tu pun tak leh connct and jadik mcm yg saya jugak..mata i buat2 tak nampk nak tgk reaksi kakak tu.."macamana kak?boleh?"...boleh..tu la,modem adik problem ni..tukaq la".."ok kak..nnt saya mai lain k,ternkiuk beri much kakak"....

balik rumah try guna untuk 3 hari boleh plak..harini?jadi balik..langsung takleh conect..masuk fon pun dah tak berfungsi..konfem simkad yang problem...nak pi serbu kedai tu kejap lagi nak tanya "kenapa simkad ni error????''...heheh...ops..bukan nak serbu tarik2 rambut.....serbu cara berhemah...

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 10:57 0 bebelan pembaca kiut

23 April 2012

Musim Kenduri "Otway"

Assalamualikum..

antara awak2 semua sapa nak kawen angkat tangan!!org nak kawen kalot carik baju org nak pi kenduri kawen pun kalot lebih pada pengantin..haha..tadi puas survey baju nak pakai kenduri..semalam kalot mesej incik suami cakap nak baju warna apa nak beli hadiah apa,hadiah camana,bajet berapa..u see...perempuan!!memang kalot macam tu...normal la....suami bagi ayat free"org lain nak kenduri kita kalot lebih buatpa..hurm.."..eh2..kita popmpuan..mesti pk semua tu..jgn nnt sampai hari kenduri awak sibuk2 tanya "yang,hadiah mana?nak pakai baju apa ni?"ha..kali tu baru tau kalot...

Tadi tengah godek2 fb (time takdak keja ok) and dah jumpak satu baju memang melekat dihati..bila soh kawan tu booking dia ckp baju ni dah 3 orang booking kak...1st pay 1st get....adohaiiii..i terus jnji nak bank in duit harini...ala..takpa..bajet gaji lepas ada lagi sikiiiiitttt jer...perabeh ja mana ada sbb lusa dh gaji dah...hohohoho..siap ada tonggak2 lagi..alhamdulillah..rezeki ALLAH..tapi cikgu cikgi lagi melampau2 punya naik gaji...jeles!!rezeki mereka...(oi syazrah...rezeki masing2 la)..ok,kdg2 dpt menimbun pun tak cukup gak.....so..tak kisah la dpt byk mana jnji ada gak rezeki tuhan nak bagi..kalau yang tengah2 survey baju taktau nak cari kat mana try klik kat kat sini ok..kot2 bekenan di hati..murahhhhhhh....




-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:40 0 bebelan pembaca kiut

22 April 2012

Merebut Cinta ILLAHI

Cinta Illahi
mutiara yang agung dan suci
permulaan rentak diri insani
menyemai rasa tawaduk dan rabbani
lahirlah akhlak mahmudah yang sejati..

Cinta Illahi
bukan mainan hati dan perasaan
tetapi kewajipan yang harus dilaksanakan
bermujahadah melawan nafsu durjana
melawan syaitan musuh utama..

Cinta Illahi
perlu ada istiqamah
pertahankan kekuatan rohani dan jasmani
hati perlu tenang menahan godaan
agar terbentuk jati diri yang hakiki..

Merebut Cinta Illahi
khazanah pengorbanan yang suci
bekalannya iman dan taqa
buat menyusuri JANNAH ILLAHI...
-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 19:49 0 bebelan pembaca kiut

21 April 2012

Meniti Perubahan Hakiki

Perubahan hakiki bg setiap manusia adalah melakukan perubahan minda dan sikap..Hijrah yang sebenarnya bukanlah hanya perubahan umur dan usia yang pasti terjadi tetapi ia adalah hijrah dalam kewajipan yang harus dilakukan.. Perubahan hakiki bg manusia adalah menjadikan hari demi hari yang ditempuhinya adalah catatan dalam lembaran yang lebih baik daripada sebelumnya.. Sebagai perinciannya perubahan dan hijrah yang mesti dilakukan seperti :-

A) daripada jahil kpd ilmu
B) daripada ragu2 kpd yakin
C) daripada mazmumah kpd mahmudah
D) daripada malas kepada rajin
E) daripada -ve kpd +ve
F) daripada liar kpd terdidik
G) daripada berpecah belah kepada ukhuwafillah
H) daripada berfikiran tertutup kpd keterbukaan minda
I) daripada mengumpul dosa kpd mengkhazanahkn pahala.

Sekiranya kita masih mempunyai sikap yang kurang elok tu marilah kita berubah kearah kebaikan..hehe.termasuk tuan punya blog ni ok...jom kita penuhkan hati dengan himpunan keinsafan..lemaskan jiwa kita ditasik kesedaran dan titipkan pertanyaan pertanyaan yang menerjah kealpaan... Tanyalah diri anda adakah kita telah melakukan tuntutan hijrah yang sebenarnya? adakah kita terus selesa pd takah diri yg tiada anjakan dan pendakian..adakah diri kita akan terus membusuk umpama air yg tersekat lantaran perubahan yang belum kita lakukan..adakah kita sudah bersedia menghadapi saat kematian dalam iklim hati yang sentiasa suram dan berjerubu...

Marilah sama2 kita hayati....insyaALLAH dpt membimbing kita semua..
-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 21:09 0 bebelan pembaca kiut

20 April 2012

Futsal IPD Langkawi 2012




Assalamualaikum..ape kabo?semoga anda baik hendakNYA..insyaALLAH..
19-21april 2012 adalah hari futsal ipd langkawi sempena hari peringatan polis yang ke205..
Saya mcm biasa hanya ambil bhgian dlm kategori pompom gurl shj..haha..
Bebudak baru lg aktif dr saya..bkn takmau xtif..cukuplah setakat bowlung shj..bab lari tgh pdg i fail..
Lagipun my hubby dah warning dr thun lpas lg tak kasik main futsal..haha...
Agaknya incik suami takmo grup i kalah sbb i masuk kot..ok..mmg tak minat pownnnnn...
Esok final..insyaAlah akn turun support team yg bakal mnang..wahhhhh...hopefully my ofis lah kan....
Bila ada tournament camni yg paling best ape?op cos la gerai2 kecil yang mampu membuatkn kanak2 heppiiii....
Termasuklah i yg dh mcm keanak-anakkan jugak...

UPDATE 22 APRIL 2012

Hari ke-2 futsal opis i tetap kalah..hehe..takpa la..takdak rejeki..nak wat camno...terpaksa la lepaskan rm300 tu dengan rela hati....apa lah sgt 300 kan..kalo bahagi 7 dapat sorang 40 lebih jer..hampa naik gaji lagi banyak pada tu....relaxxxxx la....



-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 19:07 0 bebelan pembaca kiut

18 April 2012

Biar Susah Tapi Masih Bersedekah

Assalamualaikum..apa plan hujung minggu?takkan memerap kat umah ja kot..kata orang saya pun sama gak..hehe..
Pernah dengar kisah org miskin yg baik hati tp yg kaya semakin meninggi diri?
Dah selalu sangat dengaq kan...tp tak semua yg kaya bersikap mcm tu..tapi bagi yang miskin bukan alasan untuk kita tidak mahu bersedekah..yang kaya dah sedia maklum banyak duit..hakikatnya kehidupan ni tak terlepas dari kesusahan dan kesenangan..ada orang dijadikan ALLAH SWT senang lenang dan dilimpahi dgn wang ringgit..ada org yg dijadikan ALLAH hidupnya penuh dengan kemiskinan..tapi kita perlu berusaha untuk capai kesenangan..hidup sememangnya medan ujian dari ALLAH SWT.kaya dan miskin itu adalah ujian..

MISKIN ATAU KAYA BUKAN PENGHALANG..

ingat tu!!!!miskin dan kaya bkn pghalang untuk kita bersedekah..untuk kita teruskan hidup ok!..marilah kita menilai dimanakah golongan kita..andai kita tergolong dlm kalangan orang kaya alhamdulillah..peluang untuk kita bersedekah terbuka seluas-luasnya...dlm islam kekayaan dan kemiskinan,punya harta atau tidak semuanya bukan ukuran kemuliaan disisi ALLAH SWT..ada org kaya tapi dihina dari dunia hingga akhirat..ada pula yg miskin tetapi dipandang mulia didunia dan akhirat..apapun tepuk dada tanyalah minda..adakah kita mahu tergolong dlm kaum yg hina?biarlah tahap mana pun kita janganlah lupa untuk bersedekah..

DULU saya sering fikir yg bukan2 bila tgk org minta sedekah.ada sindiket ker diorang ni..tapi ila fikir2 balik buat apa la kita penat fikir semua tu..bagi ja takat yg mampu..supaya dgn sedekah itu jugak dpt membantu kita disana nanti...
insyaALLAH..

SI MISKIN YANG HEBAT

awak2 semua mesti pernah dengar kisah Abu Hurairah si miskin yang hebat..kita boleh buat teladan dengan kisah Abu Hurairah ni..beliau menjadikan kemiskinan beliqu untuk lebih akrab dgn Rasulullah..natijahnya beliaumnjadi perawi yang unggul..cuba bayangkan kedudukan beliau di dunia dan akhirat..bayangkn lg disyurga manakah beliau akan ditempatkan..Subhanallah!!!!
Inilah hebatnya org miskin..tiada harta namun mampu memberi..memberi dan berkongsi ilmu pengetahuan maka pasti nilainya amat tinggi disisi ALLAH SWT..

Oleh itu bg yg miskin jgn anggap kemiskinan ketiadaan harta sebagai beban..ingat!!kita masih mampu bersedekah.. Walaupun sepuluh sen iactetap dinamakan sedekah..bqnyak pahalanya..yg kaya tu kasik la lebih sikit ok...

Setakat itu saja yg saya nk kongsi dgn uolsssss.wassalam!!!!!

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 14:20 0 bebelan pembaca kiut

12 April 2012

Majlis Tahlil Arwah Ibu

Assalamualikum w.b.r

alhamdulillah selesai sudah majlis tahlil untuk arwah mak Hjh.Asma binti Musa yang pulang ke rahmatullah akibat kanser pankreas pada 21 Feb 2012 jam 2.50 petang.Harini genap 52 hari mak pulang ke pangkuan ILLAHI.kalau ikutkan nak buat kenduri arwah pada 31 mac lepas sebab gebap 40 hari mak pergi..tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan ayah delay ke tarikh yang lain iaitu pada 11 april 2012 disebabkan semua cuti..so takdak la prob kalau ayah buat semalam kan..balik ja dari langkawi khemah semua dah siap terpasang..awai sungguh pasang khemah..

majlis tahlil mula pada jam 11.30 tengahari...dalam kul 12.30tgh orang dah makin sesak..panggilan skit ja tapi "ter"jadi ramai plak panggilan..seminggu sebeblum ni ayah demam..pergi cek doktor kandungan gula naik 9.1...risaunya kami TUHAN saja yang tawu..takdak dlm sejarah family yg berpenyakit kencing manis ok..tapi tu lah..penyakit dtg tak kira sapa..tak kira keturunan...sekrang ni ayah kuat pantang..be4 ni pantang nampak ja semua sapu skarang mesti betul2 pantang..disebabkan kurang sihat ayah terlupa jugak nak jemput saudara mara yang dekat2 tmbah lagi ahli keluarga sebelah mak..takpa ayah,next tahlil kita jemput semua..

makanan from sns katering gurun..katering ni baru lagi di gurun dan ayah org first yg booking utk kenduri tahlil..encik shukor tuan empunya katering bagi ayah diskaun la skit kan..hehe..agaknya dia tgk org tua pegi oder mesti la kesian kot..haha...khemah sewa satu jer tapi hari pasang mai 2 khemah kanopi...ayh ckp "mampuih dah aku,awat dia bagi dua satgi jenoh tmbh cas lain plak" sembang punya sembang rupanya dia bagi preeee kat pak usop..alhamdulillah..rezeki buat kenduri untuk arwah isteri tercentaaaaa....nak jadik cerita kawan2 mak ramai plak yg bawak kueh mueh..my sis buat laksa jugak..nasib la ayah tak tambah menu desert dekat katering tu..laksa laku ok...habes awal..staff sns katering balik ambilkan kemah kecik untuk laksa dan kueh mueh..budak2 keja pun baguih2..untuk budak2 kicik i bagi coklat langkawi dengan jeli@sumi....saja la kan....seronok tgk budak2 heppi bila dapat coklat..

jam 4 ptg katering dah standby nak balik..lauk yang balance2 tu dioraang dah asingkan semua...
budak2 yang dekat rumah ni pun apa lagi sibuk la susun kerusi meja semua..ok ok ok.....lepas settle semua ada satu sesi yang wajib bagi tuan rumah lepas selsai majlis iaitu sesi lepaking atau sesi pengsankan diri sendiri....warghhhhh...lotih campour sedih....majlis tanpa mak...sunyi!!!!!

nuun cik'e

ain - ika - ainur

iqbal da boom - una si cumell
kueh paling laris masa kenduri arwah mak

with my SIL

-dekwan-

panaih....asyik minum ayaq sampai kembong perut
maka bila mlm tak leh dah nak mkn nasik dan tidoq pun awai..


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 00:33 0 bebelan pembaca kiut

9 April 2012

Pagi yang moody

Assalamualikum..

Morning!!morning!!morning!!
dah breakpes?belum?saya pun...cepat makan..nnt kena gastrikkkk..

semalam semangat tgk ABPBH-25 sampai tetidor rumah member..rumah i takder tv?owh tidak!!saja nk tgk ngan diorang...tgk sorang2 mana feel..haha..dah duduk rumah orang tu haruslah bangun awai..pastu tetiba rasa semangat nak pi opis awai..balik rumah siap2 and 7.20am dah tepacak depan pintu opis..ingatkan i paling awai rupanya dah ramai orang melepak dlm opis..hah!!rajin btoi mai awai2...

tengah rehat2 sambil tunggu jam pusing sampai pukul 8, sedap ja dok goyang2 kaki datanglah pulak sorang hambaALLAH ni suruh saya buat macam2..amboi..kerja sendiri nak suruh kita jugak..ok..sod ba ro...sabar!!!

afew minutes dia mai pulak (dlm hati apa pulak la dia ni nak)...mintak tlg tuliskan *7^%$%%$#@&^.... hangin!!!hangin!!hangin!!kalau semua kerja hang aku kena buat bak sini gaji tu separuh...baru la aku rela dlm terpaksa buat kerja hang...(hah..keluaq dah hang aku)..tiba2 rasa macam nak gigit orang pagi2 buta ni..

ok..sesi gossip2..sembang2..
opismate sorang ni cakap sipulan ni memang tak pandai menaip..(mak ai..tersentuh pulak i...kesian tapi kalo dah keja 30 tahun takkan tak rasa nak belajaq kan..buka fb menaip boleh pulak..ceh...menipu!!) sipulan ni memang malas pegang pen utk menulis..sipulan ni memang suka suruh org buat itu ini..helloo....awak tu dah besaq..awak tu dah matang..awak tu dah lama pun dlm perkhidmatan awam ni..kalau semua orang nak tlg buatkan baik awak resigned..heh!!jgn bagi tekanan pada orang lain especially me...takut nnt saya jadi hulk!!kang terbalik pulak peti sejuk dlm bilik i ni..


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 09:18 0 bebelan pembaca kiut

8 April 2012

Hi-tea 7 Apr 2012

Assalaamualaikum

Minggu lepas sepakat untuk mengadakan bbq pada 11hb nih sempena Hari Pertabalan Agung.. disebabkan ramai yang nak angkat kaki balik ke kampung halaman masing2 maka keputusan yang dibuat hanyalah majlis kecil-kecilan sahaja..tu pun tak semua yang dapat pegi atas tugas-tugas tertentu..hehe...majlis diadakan di Mutiara Bay Resorts Langkawi jam 2-6 petang.. wah..lama!!tapi sampai sana pun dah 3.30..sesampai ja kat situ tersangat lah ramai manusia....segan pulak nak masuk..rupanya ada majlis untuk anak2 yatim..teruja tengok pihak hotel layan budak2 tu...most of them dari indon or sabah srawak agkanya..lain macam skit cakap....rugi dtg lambat..ada sukaneka bagai..ok..dah sampai relax2 tengok laut....tenang sunggoh mata i..isy..taip apa lah banyak2 kan..layan gambor jerlah...

:

::

:::

::::

:::::






:

::

:::

::::

::::::





alamk!!satu jer...hehe..nnt i upload lagi yer sebab my x-bigboss datang sini..nak belanja kitorang semua makan..yahoooo..ok ok ok..opismate dah kol berkali2...keluar dulu..

babai!!!



UPDATE PICTURE at 10 Apr 2012













-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 18:45 2 bebelan pembaca kiut

7 April 2012

Wahai bakal Pengantin

Assalamualaikum..

OK..musim kenduri dah semakin hampir..penghujung Mei dan awal JUN pasti ramai yang akan melangsungkan perkahwinan..InsyaALLAH dengan keberkatan dariNYA semua akan berjalan dengan lancar..apa?awal sgt saya remind pasal kenduri?takpa,utnuk2 bakal pengantin perlu tahu lebih awal apa yg i nak kongsi ni...

Amalan istimewa untuk bakal2 pengantin..

1. Baca surah al-waqiah setiap hari terutama bagi bakal pengantin perempuan agar terselamat dari gangguan manusia dan sebagainya.
2. Baca yassin setiap hari lepas subuh(ikut kemampuan la)
3. Amalkan membaca 3qul..tau tak?surah al-ikhlas,al-falaq,an-nas..
4. ziklir tasbih fatimah (subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 33 kali) setiap malam terutama bagi wanita kerana orang yang ingin berkahwin memerlukan banyak tenaga untuk menguruskan perkahwinan.
5. Khatam al-quran..(baru ja i buat entry pasal khatam quran minggu lepas..)biarlah bakal pengantin betul-betul khatam quran menjelang majlis perkahwinan mereka,bukannya mengadakan majlis khatam semata-mata ok..

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 21:35 0 bebelan pembaca kiut

6 April 2012

Setiap Hari Honeymooonnn

Assalamualaikum..

Bulan Madu..madu bulan..honeymoon..moon honey!!heh..

Bulan madu dalam islam bukan hanya diawal usia perkahwinan tetapi sepanjang masa dan tidak perlulah nak dihebah2kan pada orang lain.Bulan madu bertujuan untuk menyelami hati budi masing2. Selepas bernikah adalah waktu yang kita betul2 bersama dengan pasangan dan sebenarnya "bersama" itu bukanlah hanya dari segi fizikal sahaja tetapi bersama untuk selami hati budi. Untuk menyelami hati budi ianya tidak terhad untuk tempoh tertentu sahaja tetapi layarillah perkahwinan itu seolah-olah setiap hari anda ber"honeymoon".

Pasangan suami isteri patut menyemarakkan lagi kasih sayang.Kebanyakkan pasangan sekrang menanggap bulan madu untuk hiburan/enjoy dan bukannya untuk mengenali hati budi. Kadang-kadang timbul pulak rasa riak dan hendakl menunjuk-nunjuk pada orang lain destinasi bulan madu kita.

Honeymoon dulu-dulu banyak bezanya dengan keadaan sekarang. Bagi orang dulu-dulu bulan madu adalah untuk pergi ziarah menziarah rumah keluarga dan saudara-mara masing-masing selepas majlis perkahwinan. kebanyakkan ibu bapa dahulu memainkan peranan dengan membawa anak menantu berkunjung ke rumah saudara mara untuk mengertakan lagi hubungan sesama keluarga. Sekarang ini situasi itu sudah tiada dan jarang sekali kita mempraktikkannya. Zama sekarang hanya menunggu waktu hari raya sahaja untuk melawat saudara mara.

-Dr.Sharifah Hayaati-

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 17:21 0 bebelan pembaca kiut

5 April 2012

Beza LELAKI dan WANITA masa lunch hour

Assalamualaikum..
ha....korang jom baca bawah ni..pastu dok kat meja tu tongkat dagu n pikir betoi ke tak kita macam tu???hehe..(termasuk i la ni..harus!!)

Lelaki (Waktu lunch)

1. jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau


Perempuan (Waktu lunch)
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air.. sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!


Betul ker?? hehehe

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 09:25 1 bebelan pembaca kiut

4 April 2012

Simbolik Khatam Quran


Assalamualaikum..
semoga hari ini lebih baik dari semalam..insyaALLAH..

Khatam Quran!! korang dah??ok,secara simboliknya majlis khatam quran adalah satu adat tradisi orang melayu kita semasa kita hendak mendirikan rumahtanga. Adat sebegini eloklah diteruskan kerana ianya mempunyai simbolik yang amat tinggi. Ia melambangkan betapa masyarakat dulu2 amat menjunjung tinggi kalimah ALLAH dan jadikan pembuka sesuatu majlis untuk memperoleh keberkatan.

Keberadaban kitab suci ini bukan sekadar melambangkan pedoman yang bakal dipegang oleh kedua-dua mempelai yang bakal disatukan malah isi kandungan Al-Quran itulah yang akan diterap dan menjadi platform kedua-dua suami isteri dalam mendidik dan mengasuh generasi yang bakal dilahirkan nanti.

Ok,sapa2 yang belum khatam cepat2lah ya..sape yang dah berkali-kali tu ALHAMDULILLAH...


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:27 2 bebelan pembaca kiut

3 April 2012

Birthday Budak Comellll


Assalamualikum..
tengah angin sepoi2 bahasa ni diswitch of plak lampu bilik i dkt opis ni rasa macam nak tidoq!!siap kerja yang menimbun sampai sakit tulang belakang.. ok...layan lah fb n blog walking..haha..baru ingat harini ni birthday si comel marha qaisara binti rusihan anak kepada my x-opismate kota setar dulu..dulu masa saya temankan diorang kat taman tunku sarina sara ni kecik lagi..umur dlm 2 tahun kot..sekrang dah jadik anak dara u...dah makin comel..hah!!tgk la mamam dia..like mother like doter..weeheee....

Sara Sayang!!

-Happy birthday dear..
-Semoga sara jadik anak yang taat pada ayah n mama yer..
-Semoga sara berjaya dalam hidup..
-Semoga sara semakin pndai bergaya(mama kan vouge..sara kene vouge dari mama tau..hehe)
-Semoga sara jadik kaka yang baik pada firas..


ikhlas dari unty cute..(wek....perasan)


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 16:57 1 bebelan pembaca kiut

1 April 2012

Surat Cinta

(Entry yang terlupa den nak publish)

Assalamualaikum..

korang sihat??alhamdulillah..yang tak sihat??cepat2lah carik obat..nennati melarat susah plak..heh!!
sejak bermenjak2 ni tak dak mood utk new entry..tapi harini terlebih rajin plak jari ni nak menaip..sebab saya nak cakap yang saya first time dpt surat cinta dr abg trafik..sgt tak puas hati walaupun kesalahan tu dah memang sah2 salah saya..haha..

kisahnya ada temujanji dgn my bff dekat jeti..dia sampai around 10 am..ok..exited nak jumpak sbb lama dah tak jumpa since dia ber"anak" 1 ni..ops...tipu ja..dia ada dtg ziarah arwah mak masa hari mak meninggal..tapi tak dpt sembang panjang...sbb tu rasa mcm lama gila kot tak jumpa...gelojoh sgt nak masuk jumpa dia and saya rasa mls nak park moto jauh2..main hentam ja letak....ada aku kesah nak kena saman ka dak...(ambik..habuan la kan...dok blagak sgt)..

keluar dari pintu jeti rasa ketaq semacam ja...dari jauh dh nmpk dah ada sekeping surat cinta baik punya dok selit kat moto..terharu betoi..hhaha..sakit mata den nengok..ok..terima kenyataan yang aku dah kene saman...balik opis dengan muka semuram yg boleh....dgn nada kesian saya story dkt member..dalam pada tu my timb.kpd menyampok2..(dlm hati "owh...apa tunggu lagi..baik aku buat muka kesian mintak dia NFA)..hah!!tak sangka..."mana saman hang..mai aku tengok"..akhirnya my timbalan buat garis2 dkt saman i dengan pen merah...hati ada heppi....lega aku...kalau tak melayang 150 henget!!mampus kena marah ngan incik suami..lari jugak bajet kalau main bayaq saman ni oiiii...







-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:44 1 bebelan pembaca kiut
Newer Posts Older Posts Home
Instagram

Mak..Always ♥ you


My Eberiting

My Blog List

  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
  • peej.burhan
    Bila anak mengikut.
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Kasih Aleeya & Kasih Amaani
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • Yuyu Zulaikha
    Makeover Ruang Tamu Raya Baru
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
  • hamidah liyana
    PERCAYAKAN ALLAH
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • Model-80an
    Terima Kasih Allah
  • Kisah Hati
    my tudungs..
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
  • Segalanya Disini
    KEINDAHAN MUTIARA KATA
  • noor hidayah kamarulzaman

Mukabuku

Syierah Yusoff

Create Your Badge

Si cantik dan Si Hensem

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (82)
    • ►  December (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (14)
    • ▼  April (20)
      • Bosan!!
      • Kad Kesihatan Anak
      • Habbatus Sauda
      • Tahniah
      • Beseri Nampak
      • Kali Ke-2
      • Musim Kenduri "Otway"
      • Merebut Cinta ILLAHI
      • Meniti Perubahan Hakiki
      • Futsal IPD Langkawi 2012
      • Biar Susah Tapi Masih Bersedekah
      • Majlis Tahlil Arwah Ibu
      • Pagi yang moody
      • Hi-tea 7 Apr 2012
      • Wahai bakal Pengantin
      • Setiap Hari Honeymooonnn
      • Beza LELAKI dan WANITA masa lunch hour
      • Simbolik Khatam Quran
      • Birthday Budak Comellll
      • Surat Cinta
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (125)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (27)
    • ►  May (13)
    • ►  April (16)
    • ►  March (14)
    • ►  February (11)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (29)
    • ►  December (9)
    • ►  November (9)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2009 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2008 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)

Visitors


Copyright©2008-2012 all rights reserve by syierah yusoff