-->
Syierah Yusoff

✿ Our Annivesary ✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Iman Arissa Bt. Rashidi @ N.I.A

Lilypie First Birthday tickers

25 June 2012

Khabar Gembira Tanpa Ibu

Assalamualaikum...

preggy again..bohsan??tak pyh baca..hehe..
tak cerita panjng pasal tu,cuma terasa hiba dan sayu pulak rasa bila terima gud news ni tanpa mak.
dua minggu sebelum mak dijemput ILLAHI,mak ada pesan dekat SIL pasal i..
dia mintak my SIL bawak i berubat dan terus sambung berubat dekat tempat yang pernah mak i bawak sebelum dia sakit..mula berubat dekat ustazah zauyah pada Mei 2011..lepas tu masuk ramadhan 2011 still berubat dengan ustazah tu lagi..ok,ramai yang berubat di situ hasilnya memuaskan..saya tabahkan hati walaupun tak berapa minat sgt nak berubat macam tu sebab suami masih lagi berjauhan..tapi pegang pada takdir TUHAN,kalau ada jodoh tak kemana..eh silap plak,kalau dah rezeki tak kemana..ok,selama 3 bulan berusaha cara tu,hasil yang saya dapat belum lagi memihak kepada saya dan suami..takpa,redha dengan ketentuanNYA..

jika DIA kata JADI,maka JADILAH ia..

selepas syawal 2011, still berubat lagi sampai la mak jatuh sakit..berulang alik jaga mak & i terus fedap nak sambung berubat dekat situ..sebab apa?sebelum ni saya pergi berubat atas kehendak mak..mak macam nak sangat tgk saya ada anak agaknya..kalau pegi ulang alik ambik ubat pun mak temankan..saya kuat dengan mak..semua bergantung harap dengan mak..bila mak jatuh sakit,rasanya semua tu dah tak penting buat masa tu...kami adik beradik perlu tumpu perhatian pada mak dan perlu korbankan tenaga dan segalanya demi MAK...keadaan mak semakin tenat sampai la 21 februari 2012 , mak dijemput ILLAHI..takdir telah menentukan segalanya..
saya redha dan pasrah atas semuanya..

lepas tu dah malas nak pikir sebab kalau pregnant atau tak,mak takkan kembali lagi..saya malas nk berubat sana sini walaupun ada yang suggest macam2..berserah pada DIA ja..kalau ada rezeki..ada lahh.....takda,nak buat camana kan...

"now....im pregnant without you mak....."

terus terpikir,nanti kalau alah teruk sapa nak mai rumah temankan i..
nanti pantang sapa nak jaga i macam mak jaga kakak2 sebelum ni...
sapa nak bagi petua itu ini dekat i...
sapa nak bagi doa2 untuk i lagi sepanjang tempoh mengandung ni..
tatkala suami jauh di negeri orang,mak pulak jauh pergi takkan kembali lagi...
sedey plak mood hang ptg ni wahai tuan tanah..:-((

hanya mampu berdoa supaya ALLAH beri kekuatan yang luar biasa berbanding sebelum ni...
supaya saya dapat menampung hari2 mendatang tanpa suami disisi..
tetiba rasa nak menitik ayaq mata..hah...sudah..jgn nak emo plak..

*jomsambungkerja*

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:19 0 bebelan pembaca kiut

21 June 2012

Alhamdulillah...Finally

Assalamualaikum...

Syukur..Alhamdulillah..

Today is the day..im waiting for 3 years..and now.....jeng..jeng..jeng...
Setelah hampir 2 minggu tertanya2 awat yang penyakit bulanan tak mai2 lagi and amik keputusan untuk cek..carik upt dekat farmasi..pagi2 buta tadi dah exited nk cek..tapi hati ni bedebaq2 ja rasa..dok pk takut hasilnya very mengecewakan..
ok..lepas shuuuu jer terus letak upt sebelah..eh..amek balik la..macam laju ja line tu naik..
akhirnya penantian selama 3 tahun cukup menggembirakan i tau...ok.ok.ok..korang dah ada anak..fine...saya memang exited lebey la kan....nak buat camana,rezeki i lambat..korang subur sangat...tu yg dpt awai..apa pun alhamdulillah..terus pagi2 buta tatkala orang lain dok bedengkur lagi masa 5 pagi tu,i dah takleh tidor..terus mesej hubby..dia pun macam tak percaya agaknya..alololo...dia lagi exited dari i..nak terus kol mak dia plak tu...haipp...jgn lagi..biarlah menjadi rahsia dulu..bukan apa,ada yg pernah berpesan,jgn terlalu exited..rezeki tuhan bagi takut ditarik semula..korang2 semua doakan lah yang terbaik untuk saya okey...
sangat2 bersyukur kepada NYA...
pohon dipermudahkan segalanya..dijauhkan dari bahaya..
ya ALLAH
kurniaknlah aku zuriat yang baik,sempurna sifat dan akalnya..
berilah dia kesihatan yang baik...


ok

tarikh2 yang penting buat diri sendiri adalah :-

ditunangkan pada 8 januari 2009
dinikahkan pada 5 jun 2009
disandingkan pada 6 & 7 jun 2012

and now..

24 jun 2012

yap!!
:

::

::

:::





i'm pregnant!!
.
..
...
alhamdulillah




-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 08:22 0 bebelan pembaca kiut

20 June 2012

Baju Raya ohhhhh Baju Raya

Assalamualaikum...

pagi2 dah ngadap blog..nak naikkan mood nak raya..sebab semalam dah termimpi nak beli baju raya..amboih!!sampai mimpi..tahun ni tak amek pot sgt baju2 raya ni..sedaq2 dah nak masuk ramadhan dah no....ok,blogwalking sebelum boss masuk opis..nak carik baju raya yang ala2 kurung moden tapi takla macam selalu kita nampak..ok...dah jumpak..tapi mahaiiiii....korang mampu la..bagi goverment staff mcm i ni kdg2 tak mampu nak beli yang ratuih2 tu...jom jamu mata kat sini.lawa2....santek2....jatuh cinta...tapi...boleh jatoh cinta ja la..kalau ada rezeki lebey boley....kalau takdak boley jugak..boley blah...

ok..next blog...cumel2 jugak ok..klik sini kalau rasa nak survey la..enjoy...


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 08:17 0 bebelan pembaca kiut

19 June 2012

Hasutan Syaitan Sentiasa Menggoda Manusia Supaya Tdk Sujut Kepada Allah Taala,Org Yg Beriman Sentiasa Kukuh Imannya

Assalamualaikum...

Kesihatan agak kurang memuaskan..korang camno?sihat?alhamdulillah..jom kita buka minda kita dengan perkongsian ilmiah ni okeh...(i copy..maaf yer tuan tanah)



Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkaramenurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: 'Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.'

2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : 'Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.' ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: 'Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.'

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: 'Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.' ; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: 'Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.'

4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: 'Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).'

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: 'Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.' ; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: 'Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.'

6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: 'Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .' ; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: 'Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.'

7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: 'Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.' ;

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: 'Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendak-Nya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar ; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.'

Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah S.W.Tagar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.

Semoga kita menghayati dan memahami,mudah-mudahan kita semua menjadi seorang yang patuh pada perintah Allah malah sentiasa berwaspada dari godaan syaitan "Laknatullah"



"Sesungguhnya orang yang beriman adalah orang yang sentiasa patuhi pada perintah Allah malah sentiasa berwaspada kepada syaitan Laknatullah supaya diri tidak terjerumus kedalam azab api neraka"


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 11:12 0 bebelan pembaca kiut

17 June 2012

Wedding Bff Hubby

Assalamualaikum...

alhamdulillah selesai sudah majlis kawen mohammad masnizam dan Puteri Lily yang sering dinanti2 oleh sahabat2 pengantin lelaki..yer la,tatkala kawan2 lain melangkah ke jinjang pelamin si lelaki ni masih mencari2..bukan tak pernah berkawan, tapi ada kisah disebaliknya..btw alhamdulillah akhirnya matsham jumpa pengganti dan terus dipinang menjadi suri..ni bukan gelojoh namanya,ni takut pilihan hati disambar lagi..hehe..itulah kisah yang i tawu..sket2 jer la..nak tau lebih2 mau kena gheling mata ngan incik suami..

dinikahkan pada 26 mei 2012...suami say sorry banyak2 sbb takleh hadir majlis nikah uolsss..sebab dah terbang balik semenanjung dah masa tu..
dua2 pun sweet gitu...
resepsi sebelah perempuan(sabah mariiii)

6jun majlis kat rumah pengantin lelaki...alhamdulillah kami berjaya mengahdirkan diri..dulu masa kitorang kawen dia jadik pengpit tapi kali ni hubby i takleh nak jadik kapit dia dah..sebabnya nak mintak tolong kapitkan lebih baiklah cari yg masih bujang..baru beseri2 nampak pengantin tu nnt..boleh la jugak si pengapit kena tempias2 pengantin tu...








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:32 0 bebelan pembaca kiut

Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik

Assalamualaikum..


meh sini nak share notes di bawah...baca dengan penuh ketelitian ok..especially u my hubby!!(mcm paksaan utk suami ja kan...argh..tak kira,suami i kena baca)..



* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

- Ustaz Azhar Idrus


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 11:30 0 bebelan pembaca kiut

15 June 2012

Tips Untuk Suami buat Isteri

Assalamualikum...

Suami korang romantik?suami i tah la..kadang2 mcm romantik kadang2 macam tak...susah nak duga..haha..untuk para-para suami,Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantic tersebut semakin padam dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.

Si suami2 sila baca tips berikut ok...lepas ni boleh la buat isteri anda kagum..

1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.

2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.

3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa)

4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.

5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 21:13 0 bebelan pembaca kiut

1 June 2012

Suami-28tahun

Assalamualaikum..

Firstly nak ucap Happy Born Day buat suami tersayang..Sweet 28 ok...wah...sweet lagi ka??hehe..


( BUAT SUAMI TERSAYANG )
Saya tawu,dia selalu baca blog saya..silent readers la kononnya..huhu..

A lot of things have changed
through the years
but there's something
that will always be the same
it's the special bond we share
that keeps us close
no matter where we are
wishing you a very
" HAPPY BITHDAY "
with lots of love

Semoga bie sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNYA
Semoga ALLAH panjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik..
I love You ever and ever
Semoga dimurahkan rezeki
Semoga sentiasa success dlm hidup

sincerely from your WIFE
sekitar majlis sambutan hari lahir suami..bajet macam ramai sgt jmputan..
padahal anak2 buah ja.tapi puas hati sbb boleh plan tanpa pengetahuan besday boy...












dkt rumah dia ckp ptg ni takmo pi mana2..nk dok rumah..hati i dah gelisah la..pastu soh akashah ajak paksu dia pegi taman..tak jalan jugak..pastu dtg plak yang geng besar2 tu n dikwan terus naik bilk ckp kat paksu dia nk ajak pi jubli emas..bila geng sekepala ni ajak laju ja paksu pun...
dia dah siap2 saya ang tak siap2 lagi..sebabnya si nuun ckp tayar keta dia buat hal plak..kalo aku kluar awai mau tak jadi surprise incik suami dah..p[unya lah siap lambat2 sampai suami naik bengang dah muka..haha..ada i kesah??kesah jugak la..takut gaduh plak satgi..amik kptsn utk kluar jugak..sampai dkt bedong hubby plak amik jln shod kat..haghuuuu btoi...mesej nuun dia ckp baru dkt VM amik kek..mak ai.....lmbt nya hmpa ni...sampai sungai layar aku singgah kdai..saja ja aku nak lmbt sampai..dh tak larat tunggu gerak je lah..tawakkal..hu2..

ok..dlm 2 3 minit dh sampai..budak2 tu pun baru sampai tmn jubli..tengah sedap2 lepa dok tiup belon laki aku pulak laju ja jalan2 nk tgk binatang kat situ dgn 3 orang anak buah yg kecik2...
i rasa dia dh nmpk nuun's n the geng dok tgh siap tmpt..tak ler jadi surprise..pastu dia kona ikut jln lain plak..hurm...selamat..dah takleh nk prepare apa lagi dh pggei jer lah besday boy tu...asyik dok keliting kot tu ja..menyampah btoi...dia dah tawu la tu...

lenggang lenggok tali kecapi..
jalan mai dok senyum sipi...
hihih..
(ni pantun 2 setengah kerat namanya)



-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 23:45 0 bebelan pembaca kiut
Newer Posts Older Posts Home
Instagram

Mak..Always ♥ you


My Eberiting

My Blog List

  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
  • peej.burhan
    Bila anak mengikut.
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Kasih Aleeya & Kasih Amaani
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • Yuyu Zulaikha
    Makeover Ruang Tamu Raya Baru
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
  • hamidah liyana
    PERCAYAKAN ALLAH
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • Model-80an
    Terima Kasih Allah
  • Kisah Hati
    my tudungs..
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
  • Segalanya Disini
    KEINDAHAN MUTIARA KATA
  • noor hidayah kamarulzaman

Mukabuku

Syierah Yusoff

Create Your Badge

Si cantik dan Si Hensem

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (82)
    • ►  December (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ▼  June (8)
      • Khabar Gembira Tanpa Ibu
      • Alhamdulillah...Finally
      • Baju Raya ohhhhh Baju Raya
      • Hasutan Syaitan Sentiasa Menggoda Manusia Supaya T...
      • Wedding Bff Hubby
      • Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik
      • Tips Untuk Suami buat Isteri
      • Suami-28tahun
    • ►  May (14)
    • ►  April (20)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (125)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (27)
    • ►  May (13)
    • ►  April (16)
    • ►  March (14)
    • ►  February (11)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (29)
    • ►  December (9)
    • ►  November (9)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2009 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2008 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)

Visitors


Copyright©2008-2012 all rights reserve by syierah yusoff