-->
Syierah Yusoff

✿ Our Annivesary ✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Iman Arissa Bt. Rashidi @ N.I.A

Lilypie First Birthday tickers

31 July 2012


Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK

BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan

suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.

-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:37 0 bebelan pembaca kiut

29 July 2012

perkembangan janin dalam rahim "ibu"


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 16:44 0 bebelan pembaca kiut

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua..

hurm..dah seminggu puasa baru terasa nak buat entry ucap salam ramdhan untuk korang..hehe..sekarang ni mood malas dah bersawang kat diri i ni..
tambah pulak bulan puasa yang penuh mencabar tahun ni..berpuasa sambil alahan yang melampau-lampau..time berbuka nafsu membuak2..makan tak hengat donia..tak sampai 5 minit dah buang balik makanan tu..perit sunggoh..tapi ok..pengalaman..best jugak..

Sampai saat ni saya berpuasa penuh dan masih belum pancit lagi..kalaulah cukop 30 hari....alangkah bahagianya tahun depan tak payah ganti..harap2 ALLAH bagi kekuatan untuk saya hadapi RAMADHAN kali ni..RAMADHAN tanpa arwah ibu amat terasa..malam pertama pergi terawih dok nampak ja kelibat mak kat saf depan sekali..kebetulan yang duduk tempat arwah mak selalu duduk tu susuk tubuh sebijik macam mak..mlm tu pi dengan my sis,elok toleh muka nak bagitau dia apa yang saya nampak,dia dah siap tersedu2 dah....mak ai..pulak dah..pasaipa ni...pastu dia pun ckp yg sama.."aku dok ternampak kelibat mcm mak dok depan tu...aku sedih la.."hurm....rupanya dia pun rasa yng sama..takper la..kita sedekah la apa yg patut kat mak..mak kat sana tenang...yap...aku tengah pujuk hati supaya air mata tak keluar...uisy..maluuuuu...alhamdulillah..malam pertama terawih selesai dengan jayanya..mlm ke-2 dan seterusnya buat 8 ja...hehe..

Sehari sebelum puasa pergi kubur mak..bersihkan kubur mak,kubur tok(sebelah ayah),kubur tokwan(sebelah ayah),kubur pakngah(sebelah ayah),kubur pakcik(sebelah ayah),kubur abg(meninggal masa umur brapa bulan tah),kubur makngah(kak ipar ayah)..bawak si kecik akashah dan si abg amirudin..beriya2 budak2 ni bawak kain lap nisan yang kotoq kena tanah kubur..pastu suami buang rumput2 dan daun2 pokok yang kering jatuh atas kubur...alhamdulillah..tenang ja mata tengok..ok mak...adik balik dulu(dok ckp la dlm hati mana tau mak boleh dengar)hehe..nanti kita jumpa lagi 1 syawal ya mak..miss u..

ok...stop dulu and taktau bila pulak jari ni rajin nak menaip..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN dengan hati yang ikhlas (bak kata ustad don)
semoga segala amal ibadat kita sentiasa diterima oleh ALLAH S.W.T..
insyaALLAH..


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 12:31 0 bebelan pembaca kiut

5 July 2012

Wanita Nak Masuk Syurga ?

Assalamualaikum....

Wahai kaum hawa..senang dan mudah kalau kita nak masuk syurga rupanya...nak tawu??jom baca

SANGAT MUDAH ! ! !


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.



-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 10:00 0 bebelan pembaca kiut

3 July 2012

Pengalaman Pertama

Assalamualaikum..

apa khabar????sihat??alhamdulillah..
sekrang ni jarang nak buat entry baru sebab sekrang ni i dah mula terasa macam lemah badan..senang kata kurang sihat la..haha..ala...hang dok manjakan diri sgt..cuba buat bagi cergas sket...ok...fine..ni pengalamn pertama i pregnnt..mana tawu akan jadi macam ni..sebelum ni dengar member2 pregnant,morning sickness la,alah itu la alah ini la,dlm pala otak ni pikiaq "amboi...macam ni ka org ngandung...teruk macam ni ka??"....hah!!sekrang kau rasa la..ya..ya..ya...i ngaku,i pun dah semakin meroyan dibuatnya..tapi takpa,tetap happy jugak..kadang2 boleh makan nasik..makan laju nak mampos..sampai sengkak..kembong perut..pastu mium air tak hengat...dok rasa macam perut ni ada ruang lagi..tapi kadang2 bau masak nasik pun tak boleh..rasa nak meloya..erm...dugaan....kadang2 makan ayam boleh..kadang2 tak boleh...aik??selalu dgr kalo org tu tak leh mkn ayam memang takleh makan langsung..i ni pulak boleh on off ja...sat ok sat tak...ikan pun sama..buat masa la tekak i boleh terima ikan goreng sahaja..ikan gulai ka,masak berkuah dsb tak boleh..hah..pelikkan..tapi sutun oh sutun memang takleh nak makan langsung..seksa macam ni...tu my peberet ok...takpa la...lalui ja la...pengalaman what??

sekrang ni kalau lapaq memang dah tak menyempat..takleh nak sabaq2 sat...tak leh nka"satgi la makan,buat keja lu..takleh nak "malas nya nak kuaq beli"..takleh nak "malas la nak bawak bekal pi opis"..sekarang semua tu wajib buat kalau malas menguasai diri sekalipun..kalau idak rasa macam nak pitam oi....dok pun tak senang...tapi.bessssstttt..pengalaman...

orang tegur i jalan laju.."amboi mak buyong ni baru2 ni kena jaga..jalan laju ngat aih"...owh..ye ke?lupa la...haha..nak buat camana,sebelum ni memang pesyen jalanlajulaju...ok....i akan ubah..kena jalanmacamsiput..heh! be4 that suka naik tangan langkah sampai 2 anak tangga sekali gus..nak cepat....sekarang ni kadang2 terlupa main langkah jugak...pastu ada sisi tu tegur "oi cik adik..awak tu ada isi..naik tangga hati2..main langkah ja"..haha..lupa la kakak...

dulu sangat tak suka doroyan..sejak form 2 i tak pernah makan doroyan dah tau..la ni ngidam tahap cipan..tapi takut nak makan jugak..sebab dalam otak ni dah set bila makan doroyan i akan demam..hah..kacau!!ok.....akn cuba..nak bagi lepas gian ja..ceh..

apa pun i mesti sod ba ro.......
insyaALLAH DIA akan pelihara kamu dan berikan yang terbaik buatmu...


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 11:38 0 bebelan pembaca kiut
Newer Posts Older Posts Home
Instagram

Mak..Always ♥ you


My Eberiting

My Blog List

  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
  • peej.burhan
    Bila anak mengikut.
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Kasih Aleeya & Kasih Amaani
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • Yuyu Zulaikha
    Makeover Ruang Tamu Raya Baru
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
  • hamidah liyana
    PERCAYAKAN ALLAH
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • Model-80an
    Terima Kasih Allah
  • Kisah Hati
    my tudungs..
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
  • Segalanya Disini
    KEINDAHAN MUTIARA KATA
  • noor hidayah kamarulzaman

Mukabuku

Syierah Yusoff

Create Your Badge

Si cantik dan Si Hensem

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (82)
    • ►  December (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ▼  July (5)
      • Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri b...
      • perkembangan janin dalam rahim "ibu"
      • Salam Ramadhan
      • Wanita Nak Masuk Syurga ?
      • Pengalaman Pertama
    • ►  June (8)
    • ►  May (14)
    • ►  April (20)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (125)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (27)
    • ►  May (13)
    • ►  April (16)
    • ►  March (14)
    • ►  February (11)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (29)
    • ►  December (9)
    • ►  November (9)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2009 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2008 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)

Visitors


Copyright©2008-2012 all rights reserve by syierah yusoff