-->
Syierah Yusoff

✿ Our Annivesary ✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nur Iman Arissa Bt. Rashidi @ N.I.A

Lilypie First Birthday tickers

28 July 2011

~ Gandaan Ganjaran Ramadhan ~

Assalmualaikum..

selamat pagi!!!!

ha...bulan puasa ni nak buat pahala banyak2 tak?nk dpt ganjaran lebih?

jom baca artikel ni...


LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadhan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t : Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar.

Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.

Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

Masya-ALLAH. Bayangkan kalau di luar Ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi Ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah dibaca pada luar bulan Ramadhan, setiap huruf diberi ganjaran sepuluh kebaikan. Jika di bulan ramadhan, hanya dengan surah al-Fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu al-Quran. Begitu juga sedekah dan sebagainya.

Ganjaran Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi."

Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara 'dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.







-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 09:13 0 bebelan pembaca kiut

27 July 2011

~ 4th Wordless Wednesday ~


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 09:32 0 bebelan pembaca kiut

25 July 2011

Masalah Tulang

Assalamualaikum..

korang sihat?alhamdulillah...

pagi ni saya nak share benda2 ni..sbb apa?sbbnya saya yang mengalami masalah tersebut...

nk jugak la share ngan hampa semua.ini berkaitan permasalahan tulang....erm..tua dah saya kan...ada masalah tulang yang teruk..selalu lenguh2 belakang...doktor ckp kedudukan tulang saya tak sama dengan kedudukan badan kita...erm?paham ka?tak paham?takpa la..abaikan..haha..

:

::

:::

Kebanyakan orang berfikir bahawa yang terbaik untuk tulang dan gigi adalah susu. Tapi ternyata tak hanya itu, sayur-sayuran pun tak kalah baiknya untuk membuat tulang dan gigi tetap kuat.

Susu memang sumber kalsium yang membina tulang tumbuh kuat, tapi susu bukan satu-satunya sumber mineral penting tersebut. Sayuran tertentu juga memberikan banyak kalsium dan vitamin K, nutrisi yang sama pentingnya untuk kesihatan tulang.

Baik sayur-sayuran dan buah-buahan boleh meningkatkan kesihatan tulang dengan meneutralkan darah, yang membantu mengurangkan ekskresi kalsium dan kehilangan atau kekeroposan tulang.

Untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, tubuh memerlukan jumlah kalsium, vitamin D dan vitamin K yang cukup. Ketiga nutrisi tersebut bekerja sama untuk membina dan memperbaiki tulang, dengan vitamin D dan K memainkan peranan penting dalam penyerapan kalsium.

Dilansir Livestrong, Isnin (26/12/2010), sayur-sayuran hijau merupakan sumber utama vitamin K dan juga menyediakan kalsium. Contohnya antara lain:

1. Lobak

2. Brokoli (saya sangat suka yang ni bila wat sup sayur ok)

3. Kubis (mengundang angin..kurangkan..huhu)

4. Peterseli (apa ni?saya pun tak tawu)

5. Bawang (tak tawu jgak?memang melampau la kalo yg ni pun tak tau)

6. Salad

Namun, tidak semua sayur-sayuran hijau mengandungi kalsium, mineral yang penting untuk tulang. Menurut Harvard School of Public Health, beberapa sayur-sayuran juga mengandungi asid oksalat, yang menghalang penyerapan kalsium, contohnya bayam dan lobak Switzerland.

Ketika darah menjadi terlalu asam, tubuh meminjam kalsium dari tulang untuk meneutralkan darah. Jika hal ini terjadi sering dan tubuh anda tidak cukup mengambil nutrisi tinggi kalsium, vitamin K dan D, maka tulang akan menjadi rapuh dan lemah.

Untuk itu, selain mengambil susu, perbanyaklah makan sayur-sayuran yang mengandungi kalsium dan nutrisi penting lain yang baik untuk menjaga tulang tetap kuat.


( susu adalah yang terbaik ok..jom minum susu byk² sampai muntah putih..:-P )


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 09:42 0 bebelan pembaca kiut

24 July 2011

~ALHAMDULILLAH~

Assalamualaikum..

semangat jugak nk blog harini...
alhamulillah saya dah semakin pulih....
semakin hari semakin hilang gangguan2 tersebut..
thanks ALLAH..

sebelum ni mkn tak lalu,nak siapkan diri pun tak bersemangat...
masyaALLAH..kuat betul gangguan tu samapi saya sendiri tak terurus...
bangun tidoq ja asyik pk pasal mati...
ok..buat masa skrg ni,saya memang tak dpt nk ziarah kematian..
terukkan???bukan saja2..ada sbbnya..
kalo tidak badan jugak yang merana...

jangan kata ziarah,dengar pun dah tak leh tidoq mlm..
ujian dr-NYA...
saya tetap terima dgn hati yang terbuka...
mungkin DIA nak saya berubah..

ya ALLAH...
sekiranya apa yang KAU aturkan adalah terbaik untukku,
aku terima dengan redha...
semoga KAU dpt membimbing hambaMU yang serba kekurangan ini.
KAU tetapkanlah imanku..
-amin-


-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 10:28 0 bebelan pembaca kiut

17 July 2011

~Muhasabah Diri~

Assalamualaikum...

salam NISFU SYA'BAN

lamanya saya tak menjengah blog saya ni...blog korang?pun sama la jugak..saya dah lama tak tengok...kenapa?.owh...saya bercuti selama 5 hari..harini baru masuk keja..
atas sebab kesihatan yang langsung tidak mengizinkan saya berada di langkawi..
bukanlah penyakit yang kronik..tapi sebab mengalami ketakutan yang teramat teruk..
dalam kepala otak ni asyik fikir "macam nak mati dah ja aku ni "
jantung berdegup laju...nadi di serata badan pun terasa macam laju semacam ja...
YA ALLAH...apalah dugaan yang DIA berikan pada saya kan...
agaknya terlalu banyak dosa saya..terlalu banyak salah dengan mak ayah..terlalu banyak salah dgn family..walaupun kita tak sedar sebelum ni (ataupun ada yg sedar tapi buat2 macam tak kisah jer kan)..mungkin tu semua membuatkan saya berada di dlm situasi yang macam ni sekarang..takdak benda yang saya terima balasan seberat dugaan TUHAN yang sekrang ni..
sebelum ni terima kehilangan anak saudara saya..ya..memang time tu rasa ujian tu berat sunggoh..tapi bila dugaan ni dtg,saya rasa berat lagi ujian ALLAH yang ni..
nak kata saay takot duduk sesorang..sebelum ni sangat kental hati ni..takdak langsung perasaan takut tu...bila takdak perasaan takut tu agaknya membuatkan saya lalai dengan semua tuntutan DIA..yer la..bila tak takut,kita leka jer tengok tv kan..sampai masuk waktu pun buat endah tak endah ja..erm..itu saya..saya mengaku...(dah la dosa sebelum ni dh byk kan)..mintak ALLAH ampunkan segalanya...
sekarang ni?ok sikit la dr 4hari lepas..sebelum ni kalo masa ni saya langsung tak boleh duduk diam....saya asyik bangun duduk ja..walopun di kampung...saya rasa tak senang duduk..
resah...gelisah...takut...macam2 lagi perasaan ni..
mana kan suami pulak jauh kan...risau jugak..bukan risaukan dia berhoya2..tapi risau keadaan dia kat sana..(tengok..saya fikir bukan2 kan)..masyaALLAH...

semalam dah buat yasin 3x..mohon ALLAH ampunkan dosa besar mahupun kecil..
yang dosa lama mahupun baru...
supaya saya sentiasa tenang..

ok...takat tu dulu cita pagi ni..nk smabung kerja plak..
ni pun dah kira mkn gaji buta dah ni.....guna pc opis..



salam!!!




-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 09:12 0 bebelan pembaca kiut

11 July 2011

~Jiwa Kacau-Hati Tak Tenang~


Assalamualaikum..
hye guys...sihat?alhamdulillah...
kalo tak sihat cepat2 jumpa doktod ok...

2 3 hari ni asyik tak tenang ja jiwa saya.
asyik risau ja hati ni

ya ALLAH..tenangkanlah hati hambaMU ini..
supaya perjalanan hidup dapat berjalan seperti sediakala..
mohon dilindungi dan dijauhkan perkara yang tidak diingini..
amin...











-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 08:42 0 bebelan pembaca kiut

10 July 2011

~Cinta Sang Suami~

7 cara mewujudkan lebih perasaan cinta sang suami pada anda:-


Cinta boleh berubah – ubah. Perasaan cinta sangat senang untuk kita terbitkan tetapi sangat sukar untuk kita kekalkan.

Hubungan suami isteri selalunya akan lebih bahagia dan mesra jika mereka dapat mengekalkan perasaan cinta antara mereka sehingga akhir hayat. Bagi suami, mereka terlalu egois untu mengekalkan perasaan cinta mereka. Jadi, menjadi tugas anda sebagai isteri untuk merangsang suami supaya mencintai anda selalu. Anda perlu sentiasa ada senjata cinta iaitu sebab untuk suami menerbitkan perasaan cintanya pada anda.

Berikut adalah cara – cara untuk menerbitkan perasaan cinta suami pada diri anda.

1. Sentiasa mengambil berat hal suami

Suami akan jatuh cinta pada anda jika anda mengambil berat akan dirinya. Anda jaga makan minum dia, pakaian dia dan emosi dia. Jika dia sedang marah, anda pujuk dia. Jika dia sedang gembira, anda senyum. Anda berikan kebahagiaan pada dia.

2. Up To Date

Sentiasa ambil tahu hal – hal semasa. Suami akan menganggap anda seorang yang bijak jika anda tahu hal – hal semasa. Lelaki biasanya akan jatuh cinta pada perempuan yang bijak.


3. Hubungan ******** (nak tau apa klik sini ..malu nk tuleh..haha)


4. Sentiasa Kemas

Pastikan diri anda sentiasa kemas. Pakaian anda, rambut anda dan seluruh penampilan perlu sentiasa kemas. Rumah juga perlu berada dalam keadaan kemas. Apabila suami melihat keadaan anda yang kemas, dia akan lebih menyayangi diri anda.


5. Menjaga Bentuk Badan

Jangan biarkan diri anda terlalu gemuk atau hilang figure. Selera suami sentiasa berubah – ubah. Namun, jika dia dapat melihat anda dalam keadaan yang dia suka, dia akan terus mencintai diri anda.


6. Hormat suami sebagai ketua keluarga

Hormat suami anda dan dia akan hormat pada anda. Jika suami anda ada buat silap, anda perlu menegurnya dengan nada yang lembut. Jangan sesekali marah kerana lelaki pantang di cabar


7. Sentiasa meminta pendapat dari suami

Apabila anda selalu mengadu dan meminta pendapat darinya, dia akan rasa anda sangat memerlukan dia. Dia akan rasa cinta pada anda sentiasa.



itu sahaja okey...nnt saya share yang lain plak..







-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 16:39 0 bebelan pembaca kiut

7 July 2011

~ Politik ~


Assalamualaikum..
sihat??

mental saya yang tak sihat...
be4 ni jarang la nak bercerita hal POLITIK ni dekat FB ke BLOG ke kan...
(isy..memang tak kot kalo kat belog ni,ni pes time)
hurm..geram bila baca merata FB yang anti kerajaan..
hello...kalo nak sokong apa pun ikut suka la...diam2 sudah la..
hari mengundi hampa PANGKAH la berjuta2 kali pun
(tu pun kalo hampa leh undi byk2 la...malangnya sekali jer kan)
ni dok main kutuk dlm FB tu..dah hang tau tak semua menyokong sama ngan hang tak pyh la nak mengutuk..isy...kalo betoi2 hang terlalu menagagungkan parti islamic takkan hang taktau kot dok mengata mengutuk tu salah..eh..hampa kata KERAJAAN kafir...ha,biaq la kerajaan nk kutuk..la ni MALAYSIA hak lepa...kalo dah jatuh kat hampa nnt ha hampa pusing la tawaf dunia mana pun hampa nak konker..hadoi...big problem la mental lepa ni...
(aku yg touching lebih sbb ada yang baru kerja pun hegeh2 nak naik diri berpolitik..haha.)
kalah menteri lepa pulak tu berpolitik...
tu la org kata kan,yang atas2 nu dok ckp sikit ja,sepatah dua ja,tapi yang menyambung berpatah2 tu ha ni la,org2 bawah ni...dapat duit bejuta?
kalo macam tu aku pun mau gak..haha(mata duitan kan saya)
selagi hang kerja ngan gomen tak pyh la nak mengutuk secara terbuka..isy...MALU sangat aih...
hang pangkah ja senyap2..apa susah..
hurm..ckp pasai ni tak penah habeh kot...sekian dulu...

:P wekkkkkk















-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 11:27 0 bebelan pembaca kiut

6 July 2011

~3rd Wordless Wednesday~













-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 17:12 0 bebelan pembaca kiut

5 July 2011

~ Janji ~


Assalamualaikum....

cerita yang dah basi...
nak jugak interprame kat belogggggggg....arghhh..gila kau!!

♥ JANJI ♥
dr dia....haha

sebenarnya incik hubby ni bukan romantik pun ha..
tapi dia suka tuju lagu yang ala2 romantik la kunun..
(kompom tak tuju lagu dah pas baca entri ni)haaaa...





jom sumbangkan lagu ♥ JANJI ♥





Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

* chorus *
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

# Ulang chorus

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

# Ulang chorus

Takkan menduakanmu








-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 08:46 0 bebelan pembaca kiut

4 July 2011

~Hanya Kerana DIA~


Asslamaualikum...
sihat?alhamdulillah....
semalam jiwa saya sungguh tidak tenang....
apa pulak ujian nak melanda diri ni..hurm...tawakal dan berserah pada YANG KUASA...
sebabnya????

Hadirnya saya hanya kerana DIA
Bernafasnya saya hanya kerana DIA
Mata saya ni adalah bukti wujudnya DIA
Bibir yang kita kumat kamitkan ni dikurniakan untuk menyebut segala kalimahNYA
Tubuh badan kita ni adalah ANUEGERAH yang TERINDAH dari DIA
(kita musti kena ingat DIA selalu tau)

Hanya kerana DIA
Saya dapat menikmati keindahan di dunia ni

Hanya kerana DIA
Kita dapat menempuh satu perjalan yang amat jauh

Hanya kerana DIA
Kita perlu redha dengan semuanya

Hanya kerana DIA
Saya tidak sanggup kehilangan cinta dari-NYA

Saya bersujud Hanya kerana DIA
Saya berdoa seharian Hanya kerana DIA
Ibadatku Hanya kerana DIA
Semuanya Hanya kerana DIA
Kerana DIA adalah kekasihku,sahabatku,TUHANku

Semoga kita sentiasa dioberkati olehNYA

-amin-









-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 10:59 0 bebelan pembaca kiut

3 July 2011

~Bertemu adalah KESEMPATAN-Mencintai adalah PILIHAN~

Ketika bertemu seseorang yang membuat kita tertarik, Itu bukan pilihan, itu KESEMPATAN..


Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, bahkan dengan segala kekurangannya..

Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN..

Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi, justru di saat kita menyadari bahwa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasangan kita, dan tetap memilih untuk mencintainya..

Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN...

Perasaan cinta, simpatik, tertarik, datang sebagai KESEMPATAN dalam hidup kita..

Tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di hadapan Tuhan dan manusia adalah PILIHAN...

Mungkin KESEMPATAN mempertemukan pasangan jiwa kita dengan kita..

Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, adalah PILIHAN yang harus kita pertanggung jawabkan di hadapan Tuhan dan manusia.

Kita berada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang Sempurna untuk dicintai.. Tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang Belum Sempurna.. Dengan cara yang Sempurna...

Mari BELAJAR mencintai dan menyayangi pasangan kita yang Belum SEMPURNA dengan cara yang SEMPURNA..

Karena pasangan kita adalah belahan jiwa kita.. Agar jiwa kita pun menjadi SEMPURNA di hadapan Tuhan...

Takdir yang mempertemukan. Rancangan yang indah telah disiapkan oleh-Nya ..










-Thanks For Reading- Love : Syierah Yusoff

Love & Passion by : Unknown at 15:37 0 bebelan pembaca kiut
Newer Posts Older Posts Home
Instagram

Mak..Always ♥ you


My Eberiting

My Blog List

  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
  • peej.burhan
    Bila anak mengikut.
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Kasih Aleeya & Kasih Amaani
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • Yuyu Zulaikha
    Makeover Ruang Tamu Raya Baru
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
  • hamidah liyana
    PERCAYAKAN ALLAH
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
  • Model-80an
    Terima Kasih Allah
  • Kisah Hati
    my tudungs..
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
  • Segalanya Disini
    KEINDAHAN MUTIARA KATA
  • noor hidayah kamarulzaman

Mukabuku

Syierah Yusoff

Create Your Badge

Si cantik dan Si Hensem

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (82)
    • ►  December (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (14)
    • ►  April (20)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (6)
  • ▼  2011 (125)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ▼  July (12)
      • ~ Gandaan Ganjaran Ramadhan ~
      • ~ 4th Wordless Wednesday ~
      • Masalah Tulang
      • ~ALHAMDULILLAH~
      • ~Muhasabah Diri~
      • ~Jiwa Kacau-Hati Tak Tenang~
      • ~Cinta Sang Suami~
      • ~ Politik ~
      • ~3rd Wordless Wednesday~
      • ~ Janji ~
      • ~Hanya Kerana DIA~
      • ~Bertemu adalah KESEMPATAN-Mencintai adalah PILIHAN~
    • ►  June (27)
    • ►  May (13)
    • ►  April (16)
    • ►  March (14)
    • ►  February (11)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (29)
    • ►  December (9)
    • ►  November (9)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2009 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2008 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)

Visitors


Copyright©2008-2012 all rights reserve by syierah yusoff