Assalamualikum..
entry kali ni sangat menyedihkan dan sangat memedihkan..
i've lost a very significant performance of my life
ALLAHUAKBAR!!
tabahkanlah hatiku wahai Ya ILLAHI..
tabahkan hati seluruh ahli keluargaku..
pemergian mak sangat terasa
yer lah..sapa yang tak rasa akan pemergian ibu sendiri
kalo takdak rasa kehilangan tu tipu sangat lah kot..
sekarang ni hanya tinggal ayah shaja..
saya harus kuat demi ayah..
ayah?nampak dia sgt kuat tapi hakikatnya ayah tewas gak dgn air mata..
tiap2 pagi mesti dia akan pegang tudung mak yang selalu mak pakai.
psan ayah "jangan bagi sapa2 ambik tudung ni.simpan kat ayah,mak hang suka pakai tudung ni" masyaALLAH..ayah terlalu ingat dekat mak..
risau takut ayah plak yg sakit ..
org kata mula2 memang mcm tu ayah...sabaq na..
doa kami buat mak :-
♥ semoga mak aman disana
♥ kami sentiasa kirimkan doa dan alfatihah buat mak
♥ kami sentiasa simpan mak dlm ingatan kami
♥ kami akan ziarah pusara mak selagi kami berkesempatan balik ke kampung
♥ kami redha dengan pemergian mak
♥ terus terang kami tak sanggup nak tengok mak sakit.lebih baik mak dijemput ILLAHI jika itu yang terbaik untuk mak.bukan sbb kami taknak jaga mak..tp atas sebab kasih sayang yang melimpah ruah untuk mak kami tak sanggup mak derita..
alhmadulillah-21/2/2012 mak kembali ke rahmatullah dengan mudah disamping ayah.
hampir 50 tahun hidup bersama,akhirnya ayah berpisah jua dgn mak..
bak kata orang bercerai mati......
♥ DOA UNTUK IBU BAPA ♥
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu......
ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
buat arwah mak
♥♥ HJH ASMA binti MUSA ♥♥
♥ terima kasih mak untuk cinta yang tiada hujungnya
♥ terima kasih mak untuk kasih sayang yang tiada akhirnya
♥ terima kasih mak atas pengrobanan yang tidak minta dibalas
♥ terima kasih mak kerana tidak ada penat dan lelah mendidik kami anak2mu
♥ terima kasih mak kerana menjadi guru terhebat untukku
♥ terima kasih mak untuk doa yang mengalir tak terhingga buat kami anak2mu
♥ ikhlasmu adalah cahaya hidupku
♥ nasihatmu adalah petunjuk buatku
♥ aku janji akan selalu bersamamu
_ al-fatihah _
2 bebelan pembaca kiut:
al fatihah... sabar ye mek.. semua ni dah tertulis. ni masa mek, masa kak ayu tak tau lagi..
tu la....sedih kak u....selama ni kekuatan caah yang tu la....skunk tinggai ayah je lagi...mintak ayah sihat hendakNYA lah...apa pun kena tabah.....redha pemergian mak lebih baik dr menanges tak henti2 kan....